Selebriti Popular Kongsi Kenangan Raya
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Selebriti Popular Kongsi Kenangan Raya

Tangan melecur terkena bunga api, sakit perut di pagi raya kerana rendang terlebih pedas atau berjaya kumpul duit raya sehingga ribuan ringgit? Apa sahaja kenangan kamu di Hari Raya, ia pasti terpahat di dalam hati.

Apa pula kenangan Hari Raya empat selebriti yang datang dari pelbagai latar belakang ini? Cosmo sempat berbual bersama mereka menerusi telefon. Ada yang sedang berkemas mahu pulang ke kampung halaman. Apa-apa pun berhati-hati ya! Semoga sampai ke kampung dengan selamat.

 

image1 (2)

Liza Khairudin, Penyampai Radio dan Pengacara TV

“Kenangan raya yang paling manis yang tidak dapat dilupakan dimana pada tahun Liza dinobatkan sebagai juara Projek Metro. Dengan duit kemenangan itu, Liza dapat belikan baju raya untuk adik-adik dan bantu mereka dari segi persiapan raya. Betapa gembiranya Liza bila melihat mereka seronok menyambut raya tahun itu. Alhamdulillah.”

Selamat Hari Raya Aidilfitri buat pembaca Cosmopolitan. Diharapkan raya tahun ini member sinar yang berbeza untuk kamu. Jaga keselamatan diri dan keluarga sepanjang musim perayaan ini okay!

 

 

image2 (1)

Ruhainies, Pelakon

“Teringat bila zaman kecik dulu, selepas solat kami akan pulang ke rumah nenek di Pulau Pinang. Selepas bersalaman, terus keluar beraya ke rumah jiran bersama saudara mara. Yang kelakarnya, waktu itu duit raya yang kami dapat semuanya kurang daripada RM1. Lagi satu, saya sering dapat duit raya banyak daripada arwah nenek kerana berpuasa penuh. Alhamdullilah, sebelum arwah pergi, saya sempat berikan dia duit raya hasil dari titik peluh bekerja. Persiapan raya kali ini seperti tahun terdahulu, akan dipenuhi dengan makanan yang sedap. Yang istimewanya, kami akan beli itik turki sehari sebelum raya dan masak gulai. Hahaha.”

Di kesempatan ini, saya, Ruhainies memohon maaf kepada sesiapa sahaja yang pernah saya sakiti tanpa sedar atau sengaja. Harap dimaafkan. Have a wonderful Hari Raya everyone!

 

 

amira-feature

Amira Othman, Penyanyi

“Saya mempunyai bilangan keluarga yang ramai, jadi memang setiap tahun akan berkumpul di rumah atok beramai-ramai. Ada kenangan lucu ketika saya di darjah tiga, saya telah diserang oleh seekor ayam jantan sehingga badan bercalar dan lebam kerana saya mengacah anak-anaknya. Seluruh keluarga mentertawakan saya selepas itu. Hahaha.”

Selamat Hari Raya saya ucapkan kepada semua muslimin dan muslimat. Semoga Hari Raya kamu diberkati. Jangan makan banyak sangat okey!

 

 

image3 (1)

Indah Ruhaila, Penyanyi

“Kenangan raya paling tragis buat saya, ketika di sekolah menengah apabila saya kehilangan arwah nenek kesayangan di malam hari raya. Semuanya berlaku dalam sekelip mata kerana saya sekeluarga sedang membuat persiapan raya dan memasak di dapur.  Selepas menerima berita kehilangan nenek, kami terus bersiap dan bergegas ke Kulai, Johor. Segala persiapan tadi kami tinggalkan begitu sahaja. Raya pada tahun itu begitu suram dan sedih apatah lagi arwah nenek menjaga saya ketika waktu kecik. Malah setiap kali malam raya, saya sering teringat kenangan sedih ini.”

Kepada pembaca setia majalah Cosmopolitan, semoga kita semua saling bermaafan. Buang yang keruh dan ambil yang jernih. Berhati-hati di jalan raya. Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin.

 

Foto: Ihsan Selebriti/Oleh: @curlyjow

 

Fun, wacky and digital junkie. Kalau kamu suka melancong, I am the best travel buddy you will ever meet. Saya menulis semua topik tetapi hiburan dan muzik ialah forte saya. Tiga benda yang buatkan saya gembira – laut, katil yang empuk dan mashed potato.

Randomness