Selamat Tahun Baru, Cosmoholics! - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Kata Editor

Selamat Tahun Baru, Cosmoholics!

Apa yang selalunya kamu lihat di feed media sosial teman-teman bila menjelang tahun baru? Kalau tak dipenuhi dengan foto best nine pasti gambar-gambar pesta akhir tahun bersama teman-teman atau mungkin juga quotes bermotivasi bagi menaikkan semangat kamu dan followers. Selain itu? Mungkin ada yang gemar update foto-foto breakfast, lunch dan dinner pertama tahun 2019 (saya tak terkecuali). Ah, semuanya boleh diteka, kan? Begitulah trend sekarang dan kalau kamu tak mengikuti trend, kamu bakal digelar FOMO, FOMOMO, MOMO dan sebagainya. (Artikel: Jangan Biar Social Anxiety Menjejaskan YOLO di dalam edisi Januari 2019.) Jadi, begitulah fenomenanya. Semua berlumba-lumba mahu update agar tak ketinggalan jauh ke belakang. Yang terkini #10yearschallenge! Cosmo pun tak nak kalah. Jom lihat di sini 🙂

Apa jua yang kamu impikan tahun 2019, Cosmo doakan agar ia menjadi kenyataan. Misi YOLO tak salah, namun jangan salah gunakan YOLO untuk sesuatu yang tak masuk akal.

Azam saya tahun ini adalah untuk lebih berinovasi, lebih kreatif dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai Editor majalah paling laris di dunia. Bersama-sama tulang belakang yang mendukung kejayaan majalah kesayangan saya sejak mula bertugas sembilan tahun lalu, saya pasti majalah ini akan terus kekal seiring dengan edisi digital hari ini. Apa azam tahun baru kamu?

Bulan ini, saya mahu memperkenalkan keluarga baru kami, Shane Rohaizad, Pereka Bentuk Grafik menggantikan Leyaa Mazlan. Moga dengan kedatangan orang baru dapat membawa majalah kesayangan semua ini menjadi lebih relevan dan trendy. Keluaran pertama sentuhan Shane akan berada di pasaran bulan Februari 2019. Nantikan! Untuk Leyaa, We’re glad you’re a part of our family and good luck on your new journey! Forget us – NOT!

Seperti yang saya coretkan dalam Kata Editor, e-mel kepada saya di nisahalid@bluinc.com.my jika kamu ada sebarang permasalan dan soalan kerana believe-it-or-not kami ada ‘love expert’ dan pakar yang lain juga. Wink! Mungkin masalah cinta, kerjaya, fesyen dan kecantikan boleh kita rungkai serta-merta bersama-sama.

Pelbagai idea baru sedang kami rancang sepanjang tahun buat kamu, pembaca setia Cosmopolitan Malaysia! Isi-isi digital yang lebih updated dan video-video yang lebih menarik buat tontonan kamu semua. Nantikan!

Love, 
Nisa’

A woman who always smiles. And can be very scary if you drive her mad. Selalu percaya kepada prinsip, Execution Is King. Sedang obses ‘bikin’ badan sebab tiada yang lebih menggembirakan setiap wanita bila mereka tampil sihat dan ONS. Lepas dah cantik, inilah masanya ‘tayang’ dengan menggembara. Mahu terbang sebanyak negara yang mungkin kerana… life is an adventure! I agree to live life like there’s no tomorrow.

Editor