Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Selamat Hari Senyum Sedunia!

Kadangkala hanya dengan satu senyuman, mampu mengubah hari kamu! Malah dengan hanya pujian ringkas atau ucapan helo membantu menggembirakan seseorang. Kenapa tidak berikan senyuman? Bukankah ia percuma?

hari senyum sedunia

Sempena Hari Senyum Sedunia yang disambut di seluruh dunia pada setiap minggu pertama bulan Oktober, Cosmo mahu kamu sebarkan tenaga positif dengan saling bertukar senyuman dengan rakan sepejabat kamu!

 

Sejarah Hari Senyum Sedunia

Simbol yang ringkas, dengan hanya dua noktah dan garisan panjang melengkung, simbol senyuman ini menjadi emoji paling banyak digunakan dalam kehidupan harian kita. Harvey Ball yang mengkomersialkan simbol itu di internet dan laman sosial mereka Hari Senyum Sedunia secara global. Objektifnya adalah untuk menyebarkan senyuman kepada individu lain tidak kira bangsa, warna kulit, jantina dan lokasi.

Harvey Ball meninggal dunia pada tahun 2001, namun yayasan yang ditubuhkannya, Harvey Ball World Smile Foundation, meneruskan misi menyambut Hari Senyum Sedunia setiap tahun. Tidak kira jika kamu melakukan jenaka ataupun meluahkan sesuatu yang mampu mengundang senyuman, ia harus diteruskan kerana senyuman mampu mengubah mood seseorang.

hari senyum sedunia

Foto: Google.com

 

Fun, wacky and digital junkie. Kalau kamu suka melancong, I am the best travel buddy you will ever meet. Saya menulis semua topik tetapi hiburan dan muzik ialah forte saya. Tiga benda yang buatkan saya gembira – laut, katil yang empuk dan mashed potato.

Randomness