Selamat Berpuasa & Selamat Hari Raya, Cosmoholics! - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Selamat Berpuasa & Selamat Hari Raya, Cosmoholics!

Pejam celik pejam celik, tiba lagi bulan yang dinanti-nanti kita semua. Juadah raya berpingan-pingan, biskut berbalang-balang, baju baru berganti hari dan isi rumah serba baru yang cukup sinonim dengan memori raya dari dulu hinggalah sekarang. Masih lagi relevankah buat kita di zaman serba moden ini? Pada saya, ia masih perkara-perlu-ada di hari raya. Barulah semangat raya datang menderu-deru… Bayangkan rumah tanpa menu raya, tanpa perabot atau langsir raya, baju pula tak diganti (ulang tayang yang sudah bertahun lamanya). Pendek kata, yang kamu sudah upload ke media sosial berjuta kali. Memang tak meriahlah raya, kan?

Pupuklah semula kemeriahan hari raya yang diajar atuk nenek kita dulu. Raya sepatutnya dirai seisi keluarga. Tak kira di kampung, di luar negara atau di mana saja. Asalkan, kamu dapat bersalaman dan bermaaf-maafkan sesama insan. Potretkan gambar untuk dijadikan kenang-kenangan.

Kala umur makin meningkat. Saya lebih menghargai Hari Raya dan juga hari-hari bersama keluarga. Walau sesibuk mana, set priority kamu kepada yang utama. Dari situ, kamu pasti mendapat ketenangan hidup yang sempurna. Cuba tip ini hari ini, kongsikan pada saya – Apa yang kamu rasa?

Bulan ini, kami tampil dengan edisi Puasa & Raya dalam satu keluaran yang sama. Ada sesuatu yang menarik bakal menanti kamu di hari raya pertama, kedua dan ketiga. Jangan lupa follow Instagram, Facebook Cosmopolitan Malaysia dan video-video kami di sini. Selepas kejayaan kami dengan single sulung dan muzik video pertama berjudul Istimewa yang didendangkan oleh Dayang Nurfaizah Mac lalu, kami makin ‘mengganas’ dalam mengeluarkan contents yang lebih entertaining bulan ini. Enam episod showcase ini bakal keluar menemui kamu! #Waitfortit!

Seperti biasa, e-mel kepada saya di nisahalid@bluinc.com.my jika kamu ada topik bernas untuk kami mampatkan dalam keluaran akan datang.

Pstt! Kalau nak tahu apa yang menarik dalam edisi Mei 2019, jangan lupa dapatkannya! Hint: Selebriti mengaku lakukan plastik surgeri berkali-kali dan jejaka masuk dapur Cosmo sediakan juadah raya khas buat kamu! Grab yours soon, okay?

Love, 
Nisa’

A woman who always smiles. And can be very scary if you drive her mad. Selalu percaya kepada prinsip, Execution Is King. Sedang obses ‘bikin’ badan sebab tiada yang lebih menggembirakan setiap wanita bila mereka tampil sihat dan ONS. Lepas dah cantik, inilah masanya ‘tayang’ dengan menggembara. Mahu terbang sebanyak negara yang mungkin kerana… life is an adventure! I agree to live life like there’s no tomorrow.

Editor