Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Nikmati Seks Hebat Selepas Kecewa

Maksudnya…rebound sex! Selepas selisih faham dengan suami, sama ada kamu akan kembali menghangatkan ranjang atau ia satu keterpaksaan, pastikan ia works to your pleasure. 

©èÒ ™¯c‘¾ y!!Ñ_úvÜi¡?c­n!È¸óÇ

Bagi kebanyakan wanita, seks selepas berbaik semula boleh jadi sesuatu yang stressful berbanding kali pertama kamu lakukannya. The pressure is on, emosi kamu masih terasa bercampur baur dan debaran untuk pastikan ia hangat daripada biasa boleh buat kamu rasa sedikit serabut. Tapi tak perlu jadi sebegitu sebenarnya. Ini bukanlah sesi untuk selesaikannya segera supaya kamu boleh move on, idealnya ia kena jadi pengalaman yang seksi, penuh nikmat dan buat kamu rasa berkeyakinan dan optimistik tentang masa depan kalian.

 

Aturan Rebound A

  • Tahu Sasaran Kamu

Malangnya, tiada lampu hijau untuk tunjukkan kamu sudah bersedia secara emosi untuk ‘bersama’ suami kamu semula. Kamu mungkin tak akan tahu pun (apatah lagi jika kamu benar-benar terluka dengan pergaduhan kalian). Namun kamu boleh ada jangkaan yang realistik. Kamu kena jelas dan jujur dengan dirimu tentang apa yang kamu ingini selepas ini. Jika kamu mahu cuba seks sebagai penyelesai maslah, ada kemungkinan kamu akan kecewa. Seks tidak akan mengisi kekosongan dan kamu mungkin tak tahu bagaiman ia boleh beri kesan kepada orang lain. Satu-satunya sasaran kamu kena ada dalam mindamu: Nikmatinya sebaik mungkin agar tiada rasa kesal. Jika kau boleh lakukannya, kamu boleh lakukan aturan seterusnya.

 

Aturan Rebound B

  • Utamakan Kepuasan Dirimu

Malam ini, jangan pedulikan sangat keperluan suamimu. Fokus pada keseronokan dirimu dan biarkan kamu yang menerajui sesi itu. Lupakan juga segala masalah yang biasanya kamu bawa ke bilik tidur. Bila dalam perhubungan, ada kalanya sukar untuk menepis segala macam emosi dan elemen tak penting yang cuba ‘memasuki’ diri kamu. Dengan seks rebound sebegini, kamu akhirnya boleh bebaskan dirimu daripada segala tekanan yang telah menggoyahkan hubungan kalian dan kamu boleh benarkan diri untuk menjelajah dan mencuba pesona seksual yang baru. Mungkin kamu mahu cuba cetuskan aksi hangat atau seks frantik seperti lakonan Jake Gyllenhaal dan Anne Hathaway dalam Love and Other Drugs. Apa saja keinginan seks kamu, janganlah malu-malu. Dalam perhubungan suami isteri, kamu dibenarkan untuk bersuara tentang keinginanmu tanpa perlu risau akan melukakan ego suamimu.

 

Foto: 123rf.com

Kalau tak kenal nampak macam sombong, tapi bila dah kenal rupanya ‘gila-gila’ dan kaki sakat orang. A social butterfly in the concrete jungle that is Kuala Lumpur. Mudah bergaul dan sukakan cabaran serta hargai perbualan mendalam. Curious most of the time, sexy always. Put my best foot forward and is a perfect cocktail of Carrie and Samantha.

Love Expert