Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Seks Oral Punca Kanser Tekak?

Kalau kamu penggemar seks oral, kamu wajib baca kajian ini! Kajian mengatakan ada kaitan antara kanser tekak dan seks oral. Apa kaitannya?

Kamu suka seks oral? GULITY HERE! Mungkin kamu patut baca kajian ini. Menurut laporan The Evening Standard tahun lepas, ada kaitan antara seks oral dengan kanser tekak. Malah apa yang lebih mengejutkan, laporan itu mendapati lelaki yang merokok memiliki risiko yang lebih tinggi untuk terkena kanser tekak! So ladies, baca artikel ini bersama-sama suami kamu, okey!

 

FAKTA!

Laporan tentang kaitan antara kanser tekak dan seks oral ini berdasarkan satu kajian yang dilakukan pihak Amerika Syarikat. Dalam kajian itu, seramai 9,425 individu berusia 20 hingga 59 tahun menjadi subjek kajian.

Kesemua subjek kajian mendedahkan sama ada mereka menggemari seks oral atau tidak. Kemudian pengkaji akan menguji virus papilloma oral (HPV) pada mereka.

 

BAGAIMANA SEKS ORAL BOLEH MENYEBABKAN KANSER TEKAK?

HPV adalah sejenis virus yang mampu menjangkiti membran. Sesetengah HPV boleh meningkatkan risiko kanser serviks pada wanita. Jika HPV dikesan dalam mulut, individu tersebut berisiko terkena kanser tekak dan kanser mulut.

Pengkaji mendapati hampir 6% lelaki dan 1% wanita berisiko membawa kesan HPV dalam mulut mereka. Apabila individu yang membawa virus HPV ini melakukan seks oral, dia mampu menjangkiti pasangan dengan jangkitan STI!

Malah, perokok lebih berisiko membawa virus ini. Walaupun kajian mendapati seks oral mampu menyebabkan kanser tekak, namun kajian tidak membuktikan seks oral adalah penyebab kepada kanser ini.

 

SENTIASA BERHATI-HATI.

Tapi jangan risau sangat. Kajian ini menyimpulkan bahawa virus HPV yang datang dari seks oral jarang berlaku. Malah, terdapat vaksin yang boleh mencegah virus HPV.

Kajian ini juga memiliki beberapa limitasi yang harus kita pertimbangkan. Contohnya, kajian ini hanya melihat data dari Amerika Syarikat. Jadi, ia tak boleh digunapakai terus untuk negara-negara lain. Yang pasti, lebih banyak kajian harus dilakukan untuk membuktikan perkara ini.

Namun, semua pasangan suami isteri digalakkan untuk mengamalkan gaya seksual yang selamat. Ia boleh mengurangkan risiko terkena jangkitan STI. Kajian juga mendapati seks oral yang menyebabkan kanser amat jarang berlaku. Malah, hanya 7 daripada 1,000 orang lelaki dan 2 dari 1,000 orang wanita yang terkena jangkitan ini.

Jadi jangan risau sangat. Apa yang penting, kamu perlu sentiasa menjaga kebersihan dan mengamalkan gaya hidup yang sihat serta seks yang selamat.

Kalau tak kenal nampak macam sombong, tapi bila dah kenal rupanya ‘gila-gila’ dan kaki sakat orang. A social butterfly in the concrete jungle that is Kuala Lumpur. Mudah bergaul dan sukakan cabaran serta hargai perbualan mendalam. Curious most of the time, sexy always. Put my best foot forward and is a perfect cocktail of Carrie and Samantha.

Love Expert