Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Seks Ketika Hamil

Cosmo faham perut kamu semakin membesar, but sex can still be comfortable. Posisi tradisional (dan membosankan!) mungkin tidak berguna untuk kamu sekarang. Tapi jangan jadikan ia alasan! Sebaliknya cuba beberapa posisi pilihan ini.

seks ketika hamil

 

Siapa kata kehamilan membantutkan keinginan seks kamu dan suami? Helo bakal ibu, dek kerana kadar estrogen dan progesteron kamu meningkat, ia memuncakkan keinginan seksual. Jika keinginan kamu memuncak tapi ketakutan ataupun misinformation buatkan kamu teragak-agak, nasihat ini mungkin boleh bantu kamu dapatkan sesi intim yang hebat bersama suami. Cosmo sarankan kamu pegang pada tagline jenama Nike: ‘Just Do It!’ dan cuba posisi pilihan Cosmo ini.

 

Dari arah belakang

Kamu perlu baring mengiring dan suami datang dari arah belakang. Ia memberikan keselesaan buat kamu terutama perut kamu yang semakin membesar. Penetrasinya lembut dan mendalam. Letakkan bantal lembut di bawah perut kamu dan pastikan posisi suami sedikit rendah daripada tubuhmu. Secara ideal, wajahnya selaras dengan bahumu.

 

Kamu di atas

Posisi ini tidak akan berikan tekanan kepada perut kamu, malah kamu ‘berkuasa’ untuk mengawalnya. Ikut rentak dan keselesaan kamu. Penetrasinya jauh ke dalam dan berikan kepuasan berganda. Jika mahu lebih selesa, ketika kamu di atas, minta suamimu menampung lembut perut kamu.

 

Penjuru katil

Baring dengan separuh badan di atas katil dan lutut serta kaki di bawah penjuru katil. Posisi ini memberikan efek sama seperti posisi tradisional cuma suami kamu tidak akan meletakkan berat badannya di atas kamu. Posisi ini juga berikan kesenangan dan kepuasan sama rata kepada kamu dan suami.

 

Bantuan sofa

Melutut dengan perut kamu menghadap belakang sofa, gunakan tangan untuk menampung perut kamu. Suami memeluk tubuh kamu dari arah belakang. Posisi ini berikan penetrasi lembut dan tidak berikan tekanan kepada perut kamu.

 

AMARAN: Jika suamimu mahukan seks oral, pastikan dia tidak meniup angin ke dalam vagina kerana ini akan menyebabkan gelembung udara menyekat saluran darah . Jadi selain daripada satu sebab ini, tiada alasan untuk kamu tidak berhubungan intim ketika hamil. Tanya pada mana-mana doktor atau pakar, mereka amat menyarankan untuk pasangan suami isteri ‘bersama’ sekerap mungkin sepanjang kehamilan. Psst… Ia juga boleh mudahkan proses melahirkan . Yes!

 

Foto: 123rf.com

 

Kalau tak kenal nampak macam sombong, tapi bila dah kenal rupanya ‘gila-gila’ dan kaki sakat orang. A social butterfly in the concrete jungle that is Kuala Lumpur. Mudah bergaul dan sukakan cabaran serta hargai perbualan mendalam. Curious most of the time, sexy always. Put my best foot forward and is a perfect cocktail of Carrie and Samantha.

Love Expert