Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Padah Seks Ganas

Ramai mengakui bahawa seks ganas dan berahi lebih menyeronokkan. Tapi ambil tahu perkara ini sebelum kamu terpaksa dikejarkan ke hospital kerana terlalu asyik while you’re at it! Sentiasa berhati-hati okey.

 

5948877_l

 

Kecederaan 1: Luka di ‘Sudut V’.

Ia boleh berlaku bila bahagian intim kurang terangsang atau kering, lantas luka bila bergesel.

Halanginya: Berikan tubuh kamu 10 minit untuk lembutkan tisu dan biar pelincir tubuh keluar secara semula jadi. Gunakan pelincir untuk bantuan tambahan.

Rawatinya: Jumpa dengan doktor jika sakitnya makin teruk atau kamu ada luka berdarah seperti haid.

 

Kecederaan 2: Sakit dek jangkitan.

Melakukan seks bila kamu kena jangkitan (UTI, yis, bacterial vagionasis) memanglah sakit dan akan memburukkan lagi keadaan.

Halanginya: Elakkan seks jika kamu ada jangkitan. Jika didiagnos doktor, tunggu seminggu sehingga tisu bengkak itu pulih sepenuhnya.

Rawatinya: jumpa pakar sakit puan. Manalah tahu kamu perlukan ubatan dan pastikan ia bukan sesuatu yang lebih serius seperti STD.

 

Kecederaan 3: Sakit otot.

Seks yang hangat biasanya agak ganas dan bila sedang di awangan, kamu takkan perasan berlakunya kekejangan disebabkan endorfin yang dilepaskan sewaktu seks. Selepas itu barulah perasan terasa sakitnya.

Halanginya: Seperti yoga, kamu kena work your way ke aksi yang lebih advanced. Ubat tahan sakit pun mujarab juga. Kaedah REST; rehat, ice, compress dan elevate. Jumpa doktor jika rasa sakit masih tak berkurangan.

 

Foto: 123rf.com

Kalau tak kenal nampak macam sombong, tapi bila dah kenal rupanya ‘gila-gila’ dan kaki sakat orang. A social butterfly in the concrete jungle that is Kuala Lumpur. Mudah bergaul dan sukakan cabaran serta hargai perbualan mendalam. Curious most of the time, sexy always. Put my best foot forward and is a perfect cocktail of Carrie and Samantha.

Love Expert