Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Seks Empat Musim

Salah satu sebab utama kamu melancong adalah untuk mengumpul pengalaman, kan? Begitu juga dengan seks, kamu dan suami memerlukan pengembaraan dan penerokaan baru bila lalui musim berbeza di negara orang.

seks empat musim

Cuddle during winter.

It’s winter and it’s cold. Ya Cosmo faham. Tubuh kamu tak biasa dengan cuaca ini. Tapi seks adalah cara terbaik untuk panaskan tubuh kamu. Cuba teknik spooning. Ia berikan penembusan dari arah berlainan malah tubuh kamu dan suami kekal rapat, menjadikan ia posisi terbaik untuk seks musim sejuk.

Apa yang kamu perlukan? Kebanyakan hotel akan sediakan pendiang api di bilik ketika musim sejuk. Kamu boleh cuba beraksi di depannya. So romantic!

 

Romantic autumn.

Musim luruh boleh berikan perasaan romatis sekali gus meningkatkan mood kamu dan suami untuk lakukan seks penuh intimasi. Tidak seperti wild summer, musim luruh adalah waktu paling romantis untuk pasangan. Posisi romantis dan manja yang terbaik untuk kamu dan suami adalah posisi duduk. It’s basically a hug in sex position.

Apa yang kamu perlukan? Sediakan beberapa muzik romantis untuk kamu hidupkan lagi suasana. Cuba playlist lagu daripada Frankie Valli.

 

Hot and wild summer.

Cuaca panas sedikit sebanyak membantutkan dan beri efek terhadap sex life kamu. Jangan biarkan keadaan cuaca ‘potongkan’ mood kamu dan suami untuk dapatkan seks yang hot, hot, hot! Stick to summer-friendly position. Baring di sisi dan suami melutut di belakang kamu. Dia rapatkan lutut dan tubuhnya sedikit supaya dapat ‘berasmara’ denganmu.

Apa yang kamu perlukan? Sebaldi ais bukan untuk kamu hidangkan bersama air dan lepak di balkoni bersama suami ya! Tapi ia untuk kamu gunakan ketika sesi intim bersamanya. Ice, ice baby!

 

Oh spring!

Tinggalkan jaket tebal dan kemaskan sexy lacy lingerie dalam beg pakaian kamu – mungkin ia adalah satu-satunya pakaian yang kamu perlu bawa! Ini adalah waktu riang untuk kamu dan suami ‘bermain’ dan bergelak tawa di kamar. Kamu boleh main kejar-kejar sebelum dia menerkam kamu di atas katil.

Apa yang kamu perlukan? Kamu mahu mood riang sepanjang masa? Item terbaik untuk kamu adalah penutup mata. Tutup mata suami (atau kamu sendiri) dan bermainlah dengan sepuasnya.

 

Foto: 123rf.com

Kalau tak kenal nampak macam sombong, tapi bila dah kenal rupanya ‘gila-gila’ dan kaki sakat orang. A social butterfly in the concrete jungle that is Kuala Lumpur. Mudah bergaul dan sukakan cabaran serta hargai perbualan mendalam. Curious most of the time, sexy always. Put my best foot forward and is a perfect cocktail of Carrie and Samantha.

Love Expert