Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
sexting

Sekerap Mana ‘Sexts’ Kamu Sebenarnya Disebarkan?

Satu kajian telah menghasilkan statistik yang kurang menyenangkan.

sexting

Tepat jam 10 malam. Adakah kamu tahu ke mana ‘sexts’ kamu telah disebarkan? Menurut satu kajian baru-baru ini oleh Kinsey Institute di Indiana University yang dicetak pada jurnal Sexual Health, jawapannya berkemungkinan ‘di mana-mana saja’. Selepas mengkaji 5,805 lelaki dan wanita bujang berumur dalam lingkungan 21 dan 75, 23 peratus telah dilaporkan menghebahkan ‘sexts’ yang mereka terima sekurang-kurangnya daripada tiga rakan yang berbeza.

Punca dan sebab ini masih belum jelas, tetapi pakar terapi seks, Dr. Chris Donaghue mempunyai satu idea. “Saya bekerja dengan beberapa orang yang sering menjaja gambar privasi mereka melakukan hubungan intim kepada orang ramai,” terangnya di dalam rancangan bersiri Cosmo Happy Hour pada episod baru-baru ini. “Kes ini tidak akan berhenti,” tambahannya.

Namun, harapan untuk mempunyai sifat kemanusiaan itu masih ada. Kajian menunjukkan, daripada 21 peratus yang menghantar pesanan teks seksual itu, 73 peratus menyatakan mereka ‘tidak selesa’ jika gambar-gambar mereka disebarkan kepada orang ramai melainkan kepada orang yang mereka mahu saja.

“Ia menjadi persoalan jika seseorang menghantar sesuatu yang privasi kepada kamu, kemudian kamu sebarkannya kepada orang lain – dan bila sexting, sekurang-kurangnya 1 daripada 4 orang bujang di Amerika Syarikat yang melakukannya. Kesalahan apakah yang patut kita anggap untuk itu?”, soal Justin Garcia, Ruth Halls Assistant Professor for Gender Studies and Research Scientist di Kinsey Institute yang menjalankan kajian tersebut. “Adakah ia hanya satu kesilapan? Adakah ia jenayah?”

Sementara itu, berkongsi ‘sexts’ dengan kawan mungkin kurang dilihat seperti satu kesalahan, daripada menyebarkan perkara lucah untuk tatapan mata dunia – mereka berdua mengajukan soalan yang sama bahawa apakah jangkaan yang munasabah (dan sah di sisi undang-undang) mengenai privasi di dunia online.

“Risiko yang sebenar bukan pada mesej dan gambar seksual yang dihantar, tetapi sebaliknya yang non-consensual daripada bahan-bahan itu kepada pihak lain,” kata Garcia. “Memandangkan ‘sexting’ telah menjadi sesuatu yang normal dan biasa, kita boleh lihat keadaan lelaki dan wanita cuba menjadikan keinginan seks dalam dunia digital dengan akibat di dalam dunia sebenar.”

Rumusannya? Berhati-hati dengan apa yang kamu hantar – internet bukan manusia!

 

Foto: 123rf.com/Artikel asal: Kathryn Lindsay

A woman who always smiles. And can be very scary if you drive her mad. Selalu percaya kepada prinsip, Execution Is King. Sedang obses ‘bikin’ badan sebab tiada yang lebih menggembirakan setiap wanita bila mereka tampil sihat dan ONS. Lepas dah cantik, inilah masanya ‘tayang’ dengan menggembara. Mahu terbang sebanyak negara yang mungkin kerana… life is an adventure! I agree to live life like there’s no tomorrow.

Editor