Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Segalanya Yang Perlu Kamu Tahu Mengenai Pembayang Pipi

Setiap wanita harus miliki dua rona pembayang pipi: Yang semula jadi dan yang terang. Turuti panduan ini untuk cipta kemekaran wajah yang sihat dan berseri.

blusher

Foto: Shutterstock.com

3 of 3Next
Use your ← → (arrow) keys to browse

Jenis-jenis Pembayang

1.Padat – pembayang jenis padat atau ‘rouge’ adalah yang paling biasa dan mudah dipakai. Boleh diaplikasi selepas bedak asas mahupun bedak debu. Sebaiknya jangan terus sapu terlalu terang tetapi layangkan beberapa kali supaya sekata.

2. Krim – ia bagus jika kamu mahukan efek sedikit berkilauan namun semula jadi. Sapu selepas bedak asas atau pelembap dan pastikan kamu touch-up menjelang tengah hari kerana ia mudah hilang. Jika kamu dapati pembayangmu langsung tak lekat, tukar kepada yang berumusan bebas minyak.

3. Cecair – hasilnya lebih kurang sama dengan jenis krim tetapi lebih tipis, namun ia bertahan lebih lama (adun betul-betul). Sapu pada kulit bersih tanpa solekan dan ia sempurna jika kamu inginkan gaya semula jadi dan segar – terutamanya bila ada barbeku atau piknik.

4. Mineral – selalunya ia hadir dalam bentuk debu dengan sedikit sinar, jadi pastikan kamu ‘ketuk’ berus sebelum disapukan ke kulit. Gandingkan dengan riasan matte pada bahagian lain wajah.

5. Cushion – ini trend terbaru dan semakin popular. Kamu hanya perlu pedap pada pipi seperti memakai cushion wajah. Ia mempunyai formula airy yang menjadikan kulit terasa sejuk dan terhidrat, memberi penampilan dewy serta semula jadi.

 

 

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor