Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Segalanya Yang Perlu Kamu Tahu Mengenai Pembayang Pipi

Setiap wanita harus miliki dua rona pembayang pipi: Yang semula jadi dan yang terang. Turuti panduan ini untuk cipta kemekaran wajah yang sihat dan berseri.

blusher

Foto: Shutterstock.com

Prev1 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

Cara Tepat Adun Pembayang Pipi

1.Mulakan dengan pembayang jenis bronzer atau tona yang lebih kecoklatan pada atas tulang pipi. Layangkan hingga ke garisan rambut atas telinga.

2. Kemudian senyum dan layangkan pula pembayang rona merah samar pada bonjolan yang terbentuk di pipimu secara memutar.

3. Untuk kemasan yang seksi, pedapkan sedikit pembayang bersinar atau highlighter jenis krim pada sudut luar tulang kening hingga betul-betul atas tulang pipi untuk serlahkan bahagian wajah tersebut.

4. Agar tak nampak berbelak, sebagai langkah terakhir, layangkan berus untuk adun warna.

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor