Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Segalanya Yang Kamu Perlu Tahu Tentang Tahun Pertama Berkahwin

Bila dah sah bertukar status, banyak perkara obvious yang kamu dah tahu: cara isi borang cukai, jumlah alat dapur yang perlu ada.

Tapi ada beberapa penemuan lain yang kamu akan pelajari selepas naik pelamin, dan ada sesetengahnya mungkin mengejutkan.

Kamu Lagi Tak Kisah Nak Flirt

Walaupun suami selalu buat diri bak wanita paling cantik di dunia, agak sukar nak tutup suis flirt itu. Kadang-kala wanita selepas berkahwin akan bercanda sesuka hati bila keluar dengan kawan-kawan. Kerana mereka rasa hebat bila tahu saham diri masih ada nilai. Bila kamu bergelar isteri (bunyinya saja mungkin dah rasa semacam), akan wujud satu perasaan risau yang kamu tak lagi mampu buat lelaki lain memandang ke arahmu, jadi kamu pun mula cuba untuk flirt. It’s nice bila kamu mendapat reaksi daripada lelaki. Selagi ianya hanya sekadar flirting, there’s no harm done.

Kamu Fikir Tentang Bercerai

Ini memang tak best, tapi pada awal perkahwinan, jika suami buat kamu naik darah kamu selalu fikir cerai sajalah. Mungkin juga kamu pernah membayangkan hidup sebagai bekas isteri, hinggakan bekas teman lelaki paling teruk perangai pun nampak seperti Ryan Gosling. Tapi hakikatnya, memikirkan tentang perceraian takkan buat kamu lakukannya. Pasangan yang bahagia pun pernah memikirkannya. Perkahwinan perlukan kerja keras, tapi ramai wanita hanya nampak sisinya yang amat fairy-tale. Ianya normal, terutama pada awal perkahwinan, untuk rasa sangsi sama ada si dia itu benar-benar pilihan yang tepat apabila fantasi kamu tak seiring dengan realiti.

Kamu Bukan Kembar Siam

Masa tamat belajar di kolej, begitulah pandangannya mengenai perkahwinan: pulang ke rumah setiap hari untuk berpelukan dan dinner bersama menggunakan sudu garfu perak. Hanya satu bahagian mimpi itu yang mungkin jadi kenyataan – memiliki sudu garfu perak. Ramai yang mengingatkan bila sudah berkahwin, kamu dan suami jadi homebodies, tapi kamu sebenarnya masih ada masa untuk yoga dan keluar berjumpa kawan-kawan bila tiba hujung minggu. Itu adalah petanda hubungan yang sihat. Jika kamu rasa suami sayang dan komited kepada kamu, kamu akan lakukan perkara lain dan tak rasa paranoia bila tak bersama. Kajian juga menunjukkan pasangan yang mampu mengekalkan sikap berdikari akan lebih bahagia untuk jangka panjang.

Seks Jadi Lebih Hebat

Ya, masukkan ini dalam senarai kejutan. Ramai yang sangka seks selepas berkahwin akan jadi satu rutin, but it gets better, not worse. Akan wujud satu persefahaman dalam perhubungan, dan perasaan bahawa kalian mampu tempuhi hidup bersama membuatkan kamu rasa lebih connected bila melakukan seks. Itu saja memadai untuk buat segalanya lebih mendalam.

… Tapi Tak Sekerap Mana

Sebaliknya, bila dah janji untuk sehidup semati, aksi mengejar itu tak sekerap diingini. Juga, mengusahakan sebuah rumah tangga bukanlah tugasan yang seksi ya. Ada bezanya antara lelaki yang bantu kamu dengan rumah tangga dan lelaki yang menidurimu.

Foto: ingimage.com

 

 

Kalau tak kenal nampak macam sombong, tapi bila dah kenal rupanya ‘gila-gila’ dan kaki sakat orang. A social butterfly in the concrete jungle that is Kuala Lumpur. Mudah bergaul dan sukakan cabaran serta hargai perbualan mendalam. Curious most of the time, sexy always. Put my best foot forward and is a perfect cocktail of Carrie and Samantha.

Love Expert