Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Segalanya Yang Kamu Perlu Tahu Mengenai Ikea Tebrau

IKEA Tebrau yang terletak berhampiran dengan outlet terkemuka lain kini menjadi sebahagian daripada destinasi peruncitan yang rancak dan meningkatkan lagi imej Tebrau sebagai lokasi  hebat untuk menjamu selera, membeli-belah dan bersantai.

3 of 3Next
Use your ← → (arrow) keys to browse

IKEA Tebrau turut dilengkapi dengan tempat letak kereta di dalam dan di luar bangunan yang berjumlah 1,771 petak parkir. Bagi memudahkan pula perjalanan pergi balik ke gedung, kamu  boleh menggunakan perkhidmatan pengangkutan percuma dari Larkin Sentral (di hadapan Selera Johor) dan Muzium Kereta Api Tanah Melayu Berhad (di sebelah Johor Bahru Sentral). Sempena dengan pembukaan gedung, IKEA turut mengadakan kerjasama dengan Grab. Kamu boleh menggunakan kod promosi ‘IKEATEBRAU17’ untuk menikmati diskaun RM8 bagi dua (2) perjalanan menaiki Grab mulai  16 November – 31 Disember 2017. Kod promo ini sah untuk semua perkhidmatan Grab di Johor Bahru.

Ia dibuka mulai 10.00 pagi hingga 10.00 malam pada hari Ahad – Khamis, dan 10.00 pagi hingga 11.00 malam pada hari Jumaat – Sabtu, cuti umum (termasuk malam sebelum) dan hari cuti ganti yang jatuh pada hari Isnin. Untuk maklumat lanjut tentang IKEA Tebrau, layari IKEA.my/gedungtebrau.

Foto: Ikea Tebrau.

Tubuh saja genit, tapi suara saya satu dewan boleh dengar (macam tertelan speaker!). Seorang yang periang dan suka record diri sendiri memasak, sesuailah dengan column saya – Lifestylist. Lavish holiday is so me. Nampak macam manja tapi can get the job done. Saya kaki karaoke dan orang kata suara saya seperti Ning Baizura. When it comes to navigation, I am the best!

Lifestylist