Scha Alyahya Menghiasi Kempen H&M Raya 2018 - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Scha Alyahya Menghiasi Kempen H&M Raya 2018

Sambut Syawal kamu tahun ini bersama H&M dan Scha Alyahya!

Untuk menyambut hari raya yang bakal tiba, H&M melancarkan koleksi terbaru H&M LTD yang memberi fokus kepada helaian musim bunga/panas yang lebih moden dan elegan seperti dress kaftan, statement skirt, blaus beropol dan pelbagai lagi. Lebih memeriahkan OOTD raya kamu lagi, koleksi ini sarat dengan perincian sulaman, corak bunga metalik serta penggunaan fabrik jacquard. Memang sesuai untuk dipakai ketika musim raya ini!

Sempena pelancaran koleksi raya yang pertama ini, H&M dengan terujanya memilih selebriti terkenal tanah air, Scha Alyahya sebagai wajah rasmi koleksi LTD dan koleksi Bunga/Panas 2018.

Kini kamu juga berpeluang untuk bergaya ala fesyenista seperti Scha Alyahya dengan helaian affordable daripada H&M yang boleh mula didapati pada 24 Mei nanti. Koleksi LTD hanya dijual secara eksklusif di stor H&M Lot 10 dan 1 Utama manakala koleksi bunga/panas ada di semua stor H&M serata Malaysia.

Seorang fashion enthusiast. OOTD is my ‘thang’. Akan ‘serang’ dessert corner dulu bila pergi ke bufet. Suka menonton rancangan memasak dan RuPaul’s Drag Race. Nampak lembut tapi sebenarnya fierce! Quote kegemaran? “Life is too short to wear boring clothes”, so have fun with it!

Fashion Diva