Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Scarlett Johansson Dikecam Kerana Memegang Watak Transgender Dalam Filem Terbarunya

Scarlett Johansson telah dikecam kerana telah bersetuju untuk melakonkan watak seorang transgender dalam filem terbaru, Rub & Tug.

Pelakon berusia 33 tahun ini akan membawakan watak Dante 'Tex' Gill. Berdasarkan info daripada The Hollywood Reporter, "Tex adalah seorang wanita (Jean Marie Gill) yang berjaya dalam bisnes pelacuran dan rumah urut dengan membawa identiti seorang lelaki, Dante 'Tex' Gill."

Sudah tentu, peminat di Twitter mempunyai banyak reaksi terhadap pelakon A-list ini yang dianggap merampas watak tersebut daripada transgender.

"Kita perlu berhenti mengambil pelakon non-trans untuk memainkan watak trans," kata pengkritik, Steven Canals. "Pada pendapat saya, ianya sama offensive and traumatic seperti black-face."

4 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

Image result for scarlett johansson

Saya seorang yang easy-going and make-up enthusiast. Saya obses dengan bronzer! Jika kamu nampak saya sedang ‘usha’ kamu di tempat awam, jangan risau – I’m just admiring your make-up. Saya juga pencinta haiwan lebih-lebih lagi kucing. Bila tidak menulis, saya suka tonton all my favorite series seperti Sex and The City dan Gossip Girl (duh, of course!).

Celebrity Stalker