Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
kahwin

Satu-satunya Jenis Lelaki Yang Berbaloi Kamu Kahwini

Ada kemunculan ‘baka’ baru di kalangan lelaki – jenis yang tegap, ramah, rajin mengemas dan boleh diharap. Mereka inilah yang patut kamu kahwini agar ada peluang untuk kamu terus sukses dalam kerjayamu.

kahwin

Karier hebat, rumah cantik, teman hidup seseksi Remy Ishak, dan seterusnya anak-anak. Inilah yang dikatakan kehidupan sempurna pada zaman sekarang, berbanding nenek atau ibumu, kamu telah dijanjikan yang ia pasti sesuatu yang kamu boleh hadapi. Jadi apabila Anne-Marie Slaughter, bekas profesional berpangkat tinggi di Washington, D.C menulis sebahagian The Atlantic yang bertajuk Why Women Still Can’t Have It All, ia menimbulkan kekecohan. Pendiriannya: Seakan mustahil untuk wanita memiliki semuanya dalam sistem kini, dan ia menjadikan wanita muda berasa seperti gagal jika diberitahu sebaliknya.

Tapi ada jalan untuk memperbaiki nasibmu; cuba berpasangan dengan lelaki ‘50-50’. “Wanita boleh memiliki semuanya jika mereka tidak perlu melakukan semua perkara,” kata Hugo Schwyzer, yang mengajar kajian jantina di Pasadena City College, seorang speaker nasional tentang perihal lelaki dan sifat kejantanan. Lelaki ‘50-50’ membahagikan pengurusan rumah dan penjagaan anak, agar tidak seorang di antara kamu yang terpaksa mengorbankan kerjaya sendiri. Malah, statistik menunjukkan peluang untuk berjumpa lelaki seperti itu kini lebih mudah.

 

Normal Baru

Kajian terbaru Pew menunjukkan 67 peratus lelaki milenium lebih gemar perkahwinan moden dan berkonsep sama rata, di mana pasangan suami isteri kedua-duanya bekerja serta menguruskan rumah dan anak-anak bersama. Yang sebenarnya, angka hasil kajian yang tidak melebihi 67 peratus itu agak mengecewakan. “Terdapat nilai tradisional yang tersembunyi di kalangan masyarakat alaf baru ini,” terang Schwyzer. “Ibu bapa mereka adalah golongan pertama yang mengaburkan peranan jantina, dan ramai antara mereka telah bercerai. Dalam fikiran mereka, kembali kepada perkara kebiasaan adalah kunci hubungan yang baik.”

 

Pelakon ‘50-50’

Sekali pandang, pasangan ‘50-50’ nampak bagus – dua pendapatan, dua pelaburan ibu bapa yang sama rata, dua pasang tangan untuk lipat baju. Namun ada perbezaan antara perkara yang lelaki katakan dan buat. “Perkara sebenar yang lelaki maksudkan ialah ‘I sokong apa yang you nak buat selagi ia tak beri kesan besar pada I.’” Namun bila bayi kamu muntah pada jam tiga pagi, seorang egalitarian palsu tidak akan bangun dari katil untuk bersihkannya, terutama jika dia bergaji lebih besar daripadamu. “Terdapat idea di mana nilai gaji  dan pengurusan rumah beroperasi  bertentangan dengan satu sama lain – siapa yang gaji lebih besar dianggap boleh kurang melakukan hal rumah tangga dan sebaliknya,” kata Schwyzer. Walaupun kamu yang ‘memberi makan’, ia bukanlah alasan untuk tidak mencuci pinggan.

 

Cari Yang Sebetulnya

Berita baiknya ialah memang wujud lelaki ‘50-50’ di luar sana, dan mereka tunjukkan ciri-ciri itu dalam cara tertentu. Pertama, mereka boleh kawal kekecewaan dan kesulitan dengan baik. Jika sesuatu berlaku di tempat kerja dan kamu terpaksa batalkan temu janji dengannya, respons si dia ialah “Ia penting, I faham.” Bukan “Ala, tolonglah. Tak boleh ke you uruskan tu nanti?” Respons pertama itu adalah satu petanda si dia menghormati diri kamu yang memiliki hidup selain dirinya. Kedua, lelaki sebegini menunjukkan minat mereka terhadap kariermu. “Si dia harus bersikap ingin tahu walaupun ia tiada kaitan langsung dengan dirinya,” kata Schwyzer. Bila lelaki benar-benar menghargai segala kelebihanmu yang lain, dia tidak akan menganggap kamu yang sepatutnya akan pergi ke perjumpaan ibu bapa dan guru nanti. Ya, kamu mungkin jadi orang yang akan selamatkan keadaan selalunya tapi…dia pun boleh.

Foto: Nick Onken

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor