Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Satu Magik Hair Donut Kamu Mampu Lakukan

Tiada lagi tangan yang comot dengan magik hair donut ini.

17893156_l

 

Kamu pasti tak suka jika kamu perlu menggunakan berus yang sama untuk eyeshadow berlainan warna bukan? Well, kamu boleh ucap selamat tinggal kepada tangan yang comot kerana sering menjadi tempat untuk berus kamu menanggalkan eyeshadow, dan ucap hello kepada hair donut kamu yang selama ini tersimpan rapi di dalam laci.

 

image2xxl

 

 

Hair donut sangat popular semasa 2012 dan ramai yang menggunakannya untuk tampil lebih sempurna. Tetapi, sekarang ia sudah tidak lagi popular. Namun, ada satu magik hair donut kamu yang kamu tidak tahu selama ini. Nak tahu? Ia mampu membersihkan berus pembayang mata kamu tanpa perlu dicuci dengan air. Hebat bukan?

 

Caranya mudah. Layangkan saja berus kamu pada hair donut dan biarkan saja elemen pada sponge memerangkap segala pigmen pada berus kamu. Jadi, kamu boleh pakai berus kamu untuk warna eyeshadow yang lain tanpa warna menjadi bercampur. Easy peasy!

 

Photo 04-03-16 13 20 22

 

Trik ini membolehkan kamu menggunakan berus kamu berulang kali tanpa perlu dicuci. Tetapi, jangan pula kamu lupa untuk mencucinya. Berus kamu tetap memerlukan sabun dan air untuk ia bersih secara menyeluruh, namun kamu harus cepat lakukan color switch semasa kamu apply pembayang matamu. Percayalah, trik ini bakal menjadi teman baikmu.

 

Jika kamu tidak pernah memiliki hair donut kerana kamu lebih suka messy bun yang dibuat secara sengaja mahupun semulajadi, kamu patut dapatkan ia sekarang untuk sebab yang berlainan, iaitu makeup brush cleaning!

 

Foto: Google,123rf.com/Artikel asal: Dominique Caruso

 

A woman who always smiles. And can be very scary if you drive her mad. Selalu percaya kepada prinsip, Execution Is King. Sedang obses ‘bikin’ badan sebab tiada yang lebih menggembirakan setiap wanita bila mereka tampil sihat dan ONS. Lepas dah cantik, inilah masanya ‘tayang’ dengan menggembara. Mahu terbang sebanyak negara yang mungkin kerana… life is an adventure! I agree to live life like there’s no tomorrow.

Editor