Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Sarapan Untuk Tubuh Langsing

Kamu sedang berdiet? Elakkan makanan tinggi kalori dan cuba sarapan menyihatkan yang Cosmo kongsikan ini.

45940544_m

 

Pilih bijirin seperti corn flakes pada waktu pagi dan kamu mungkin boleh makan kurang 240 kalori lagi untuk tengah hari nanti, menurut satu kajian terbaru. Serat boleh larut dalam bijirin memperlahankan penghadaman jadi makanan akan kekal dalam sistem lebih lama dan kamu akan rasa kurang lapar kemudiannya,” kata Mara Feil, konsultan nutrisi, pengasas Stand UPP Health. Bijirin hangat mungkin kurang menyelerakan tetapi cuba versi tak perlu masak ini. Malam sebelumnya, rendam satu cawan bijirin dalam 1½  cawan susu badam dengan sedikit vanila dan serbuk kayu manis. Tambah potongan pisang atau epal dan sejukkan. Esoknya ia akan jadi berkrim, lazat dan sedia untuk dimakan. Takpun, cuba overnight oat yang sedang hangat sekarang ini, mudah sangat nak buat! Hanya gantikan bijirin dengan oat dan tambahkan yogurt dalam resipi di atas. Letakkan potongan buah-buahan yang kamu suka sebelum makan. Siap pun sarapan kamu!

 

Foto: 123rf.com

 

 

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor