Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Santai Di Kafe Berkonsep Unik

Bukan keenakan makanan saja yang penting bila memilih tempat makan, suasana dan dekor juga mestilah ‘wow’ dan Insta-worthy. Jom terjah restoran pilihan Cosmo dengan konsep tersendiri ini.

KAFE DC COMICS SUPER HEROES
Unit 29, Tingkat 2, Sunway Putra Mall, Kuala Lumpur
Waktu Operasi: 10.30am – 9.30pm, (dibuka setiap hari)
Kalau pasanganmu atau kamu sendiri peminat superheroes, tak salah untuk cuba makanan di sini. Cosmo dihidangkan dengan latte bersama logo buih Superman serta piza Hawaiian dengan logo Batman di atasnya. Sedap dan menarik! Untuk pencuci mulut, kamu boleh cuba gelato, lempeng dan wafel. Senarai menunya mungkin kedengaran biasa, tetapi tema superhero yang dibawakan kafe ini cukup unik dan boleh menambah keseronokan untuk peminat setia superheroes.

 

TOKB CAFE
3, Jalan 13/2, Seksyen 13, Petaling Jaya, Selangor
Waktu Operasi: 8.30am – 9pm, (dibuka setiap hari
Kamu tertanya apa itu TOKB? Ia bermaksud Taste of Kota Bharu. Jika kamu terasa nak makan masakan Kelantan, inilah spot yang ‘wajib’ dikunjungi. Hiasan dalaman kafe ini berkonsepkan tentera, lain daripada yang lain! Cosmo sudah cuba Laksam, kuahnya tak lokek dengan isi ikan yang dimakan bersama tepung beras. Kamu pernah rasa nasi Numpang? Ia dihidang bersama serunding daging, ikan tongkol dan ayam goreng. Rugi tak cuba, pasti kenyang!

 

HELLO KITTY GOURMET CAFE
Lot 083.F.6, Oasis Boulevard, Sunway Pyramid, Selangor
Waktu Operasi: 10am – 11pm, (dibuka setiap hari)
Kamu peminat fanatik Hello Kitty? Jom singgah ke kafe ini. Untuk hidangan utama, kamu boleh memilih Chicken Lasagna atau sajian Itali yang kami rasakan sangat sedap dan mewah dengan daging ayam. Paling menarik, di atas hidangan ini ada kepala Hello Kitty. Untuk pencuci mulut, cuba Smokey Cloud, gabungan aiskrim vanila dan brownies. Kena beli seorang satu ya, satu tak cukup dikongsi berdua!

 

Foto: 123rf.com

Tubuh saja genit, tapi suara saya satu dewan boleh dengar (macam tertelan speaker!). Seorang yang periang dan suka record diri sendiri memasak, sesuailah dengan column saya – Lifestylist. Lavish holiday is so me. Nampak macam manja tapi can get the job done. Saya kaki karaoke dan orang kata suara saya seperti Ning Baizura. When it comes to navigation, I am the best!

Lifestylist