4 Perkara Perlu Tahu Jika Kamu Bercinta Dengan Lelaki 'Rendang' - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
4 Perkara Perlu Tahu Jika Kamu Bercinta Dengan Lelaki 'Rendang'

4 Perkara Perlu Tahu Jika Kamu Bercinta Dengan Lelaki ‘Rendang’

Kalau betul cinta itu buta, ia tidak mengenal ketinggian…

4 Perkara Perlu Tahu Jika Kamu Bercinta Dengan Lelaki 'Rendang'

 

Tidak dinafikan setiap wanita idamkan jejaka tinggi lampai. Barulah rasa selamat apabila berjalan di sisi dan bolehlah sarungkan those killer heels dengan penuh yakin. Kamu mesti pernah terfikir bercinta dengan lelaki lebih rendah boleh mencalar ego kalian berdua. Mana tidaknya, pasti orang sekeliling akan memandang dengan pandangan menghukum. But who cares, right? Jika si dia memenuhi setiap kriteria yang kamu cari kecuali satu – ketinggiannya – tidak bermakna kamu perlu tepis peluang itu, kan? Hey! Even Gigi Hadid dating shorter guy, Zayn Malik. So what’s the big deal? Begitu juga dengan Bella Hadid dan teman lelakinya, The Weeknd. Tapi dek kerana mereka berstatuskan supermodel, ramai seakan ‘tutup mata’. Untuk kamu pula mungkin sedikit mencabar. Jadi sebelum katakan ‘ya’ pada jejaka tersebut, pertimbangkan beberapa perkara ini.

Prev1 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse

1) HIGH HEELS KAMU BAKAL BERHABUK

Kalau kamu jenis wanita yang tak boleh berpisah dengan kasut tumit tinggi, terima hakikat bahawa heels kamu mungkin bakal berhabuk dalam almari kasut. Jika ketinggian kamu jelas ketara, kamu pasti tidak mahu menambahkan lagi jurang tersebut, kan? Alternatif lain yang kamu perlu cari adalah ballerina flats, sandal atau sneaker. They are in trends now! Tapi bagi pendapat Cosmo, jika kamu ‘gilakan’ high heels, pakai saja! Tiada guna kamu ubah penampilan hanya kerana satu perkara remeh. Kamu seharusnya terapkan personaliti wanita yakin. Stand tall and proud!

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor