Sale Akhir Tahun Yang Kamu Tak Boleh Lepaskan! - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Sale Akhir Tahun Yang Kamu Tak Boleh Lepaskan!

Did we hear sale? Ya! Johor Premium Outlet (JPO) bakal mengadakan sale harga runtuh bermula 14 hingga16 Disember ini!

Jualan selama tiga hari di Johor Premium Outlets, dan lebih menarik, waktu membeli-belah dilanjutkan dari 10 pagi hingga 12 tengah malam.

Fasa III yang baru dilancarkan mempersembahkan tambahan 20 kedai baru, menjadikan jumlah kedai sebanyak 150. Antara tarikan Fasa III ialah factory store Nike terbesar di Asia Tenggara, British India, CHAPS USA, Ed Hardy, Puma, dan Under Armor. Jenama baru dan menarik yang lain seperti Ace Bags & Luggage, Boggi Milano, Calvin Klein Watches & Jewelry, Dockers, Gucci, Jimmy Choo, Michael Kors Mens, dan Versace juga ada di sana.

Sempena ulang tahun ketujuh JPO, 250 pengunjung yang pergi ke JPO antara jam 10 malam hingga 12 tengah malam akan menikmati cheese sausage rolls Coffee Time percuma, Nyonya Flavours to-go Laksa, Starbucks Coffee iced blended coffee, dan The Coffee Bean & Tea Leaf iced double chocolate.

Pembeli juga boleh menikmati perjalanan keretapi percuma antara jam 12 tengah hari dan 12 tengah malam dengan pembelian sebanyak RM200 atau lebih, menerima baucar F&B RM5 dengan pembelian sebanyak RM100 dalam satu resit dan tambahan baucar F&B RM5 apabila memuat turun aplikasi mobil Premium Outlets Malaysia dengan hanya menayangkan ikon network ‘MYCELCOM’ di telefon bimbit.

Kamu boleh layari www.premiumoutlets.com.my untuk senarai lengkap kedai-kedai semasa, perkhidmatan pelanggan, centre hourse, local attractions dan penginapan.

Seorang fashion enthusiast. OOTD is my ‘thang’. Akan ‘serang’ dessert corner dulu bila pergi ke bufet. Suka menonton rancangan memasak dan RuPaul’s Drag Race. Nampak lembut tapi sebenarnya fierce! Quote kegemaran? “Life is too short to wear boring clothes”, so have fun with it!

Fashion Diva