Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Saat Cosmo Bertemu Kiko Mizuhara Di Tokyo…

Duta Asia Christian Dior Parfums ini mempunyai perwatakan as sunny as Tokyo in Spring!

 

Ketika di Tokyo, Jepun untuk acara Dior Addict Lacquer Plump, Cosmo diberi kesempatan bertemu model, pelakon, pereka fesyen, artis dengan berbakat besar, Kiko Mizuhara. Dia berkongsi tip kecantikan serta produk kegemarannya – malah bangun beberapa kali untuk menunjukkan sendiri produk kegemarannya!

Apakah tentang Dior yang kamu rasa dekat dengan jiwa kamu?

Bila saya mula memperlajari tentang wanita Dior, saya pelajari bahawa dia mempunya jiwa yang kental, mempunyai kekuatan serta berdaya tinggi. Setelah saya fahami tentang kekuatan serta keyakinan ini saya berfikir mungkin saya boleh membawa peranan ini kerana telah menjadi prinsip hidup saya untuk memegang kekuatan itu. Saya percaya ini kali pertama Dior mengambil duta daripada Asia tetapi saya merasakan ini adalah peluang terbaik untuk saya membawakan kepada Dior a certain image of a Dior woman dari Asia.

Dior Addict Lacquer Plump kegemaran?

I carry them in my bag all the time! (sambil mula mencari warna kegemarannya daripada barisan produk yang tersusun di meja). Saya suka campur dua warna… 456 dan 448 adalah gandingan pink dan coral yang saya akan letakkan pada jari dan pedap pada bibir. Ada kalanya saya oleskan sedikit pada pipi juga. Saya juga sukakan kemasan glitter lacquer plump ini. Ia lebih kepada metalik. Susah nak digambarkan, kamu harus mencuba sendiri. It is a cutting edge texture. Bila Peter memakaikannya pada saya, saya terus menyukainya!

 

Kiko Mizuhara bersama makeup artist, Peter Philips.

Produk penjagaan kulit Dior yang kamu guna sekarang?

Saya guna Diorsnow dan juga Capture Youth. Produk ini benar-benar menunjukkan perubahan pada kulit. Walaupun Capture Youth Serum ada beberapa pilihan, Plump Filler yang paling berkesan pada kulit saya.

Kamu suka cuba pelbagai warna solekan?

Sekarang kita ada banyak pilihan tetapi apa yang menarik ialah kamu boleh transform into a different personality melalui solekan. The essence of makeup is being able to try different colours and enjoy the process of transforming, and I really enjoy that.

Ada tip penjagaan kulit yang boleh dikongsi?

Saya cuba untuk tidak terburu-buru memakai produk. Saya akan pakai toner dan biarkan seketika sehingga ia terasa seperti sudah meresap sepenuhnya, kemudian ke langkah seterusnya. Saya akan ambil masa untuk rasa dan lihat jika ia dah serap, sebenarnya itu petua ibu saya. Jadi sementara menunggu saya buatlah apa yang patut, minum air atau apa saja. Memang ada perubahan pada kulit berbanding dulu. Tak lama pun, dalam 15 minit semuanya. I try to not do too much kepada kulit kerana saya perasan kulit saya akan naik jerawat kalau saya guna berlebihan.

5-minute makeup look

Curl my lashes dan pakai maskara. Kemudian kemaskan kening. Paling penting ialah penyamar. Saya akan pakai base makeup dahulu kemudian penyamar. Akhir sekali bibir. Cukup lima minit. (Kemudian dia bangun untuk menganbil base dan concealer kegemarannya dan tunjukkan kepada kami).

Kali pertama pakai solekan?

Mungkin ketika usia 4 tahun. Ibu saya suka memakai gincu merah. Dulu dia bekerja sebagai pramugari dan setelah melahirkan saya dia berhenti dan mula mengajar di rumah. Bila dia mengajar saya pun senyap-senyap masuk ke kamarnya dan bermain dengan alat soleknya. Mengamuk ibu saya lihat saya conteng muka! Sesetengah pelajar ibu saya suka memakai kasut tumit tinggi. Kadangkala saya akan memakai kasut mereka dan berangan. Dari kecil lagi saya memang mahu menjadi seorang model atau pereka fesyen. I guess my dream came true.

Gaya fesyen kegemaran kamu?

Vintage. Saya suka berjalan sekitar Soho bila di New York, malah saya suka berjalan-jalan mencari kedai vintage bila ke luar negara. It is like treasure hunting.

5 perkataan yang menggambarkan diri kamu…

Strong. Fun. Low-key. Positive. Creative.

Kiko Mizuhara bersama Editor Kanan Kecantikan Cosmo (kiri) dan wakil media lain selepas sesi temu bual di Tokyo.

 

Foto: Tomohiro Ohsumi/Getty Images for Dior/Teks: Nana Marlini Ghazali

Pertama kali berjumpa orang akan ingat saya garang (memang pun!) dan sombong (langsung tak!)… Tapi bila buka mulut, semua ‘hancur’. Beauty is my passion but I keep me natural most of the time. Menyanyi dalam kereta adalah terapi saya. I love music and travelling, jadi sila ajak saya jalan-jalan. Jangan serabutkan otak dengan perkara negatif, belajar untuk ‘let it gooo, let it gooo…’, kamu akan menjadi seorang yang lebih bahagia.

Beauty Guru