Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Rumusan Dan Kekuatan Lagu-Lagu Finalis Anugerah Juara Lagu 32

Tidak berpuas hati dengan senarai 12 lagu yang terpilih ke Anugerah Juara Lagu (AJL 32)? Maaf, Cosmo tak boleh nak bantu kamu kerana keputusan adalah di tangan juri seratus peratus.

Setiap tahun, akan timbul pertikaian mengenai beberapa lagu yang dikatakan berpotensi menang AJL tetapi terkandas di pentas separuh akhir Muzik-Muzik. Setiap lagu yang terpilih bukan hanya dinilai berdasarkan populariti, tetapi kualiti, lirik lagu, melodi dan vokal penyanyi itu sendiri diambil kira.

Cosmo berikan rumusan mengenai kesemua 12 lagu yang layak ke pentas AJL 32 yang terpilih selepas menerima markah tertinggi daripada barisan juri terkenal iaitu AG (Coco), Azmeer, Edrie Hashim, Helen Yap, LY, Pak Ngah dan Datuk Mokhzani Ismail selaku ketua juri.

Foto & Video: TV3 Malaysia

Prev1 of 12
Use your ← → (arrow) keys to browse

Tergantung Sepi – Haqiem Rusli

Kekuatannya ialah pada lirik dan melodinya, walaupun vokal Haqiem dipertikai kerana tidak mampu menyanyikan beberapa nota tinggi seperti ketika dirakamkan. Haqiem perlu bekerja keras untuk mencuba melontarkan nota tinggi itu di pentas AJL nanti kerana jika Haqiem mampu melakukannya, peminat akan berhenti mempertikaikan kehebatan vokalnya yang dikatakan disunting dengan sistem auto tune ketika rakaman.

https://www.youtube.com/watch?v=MhpAfErnbik

Fun, wacky and digital junkie. Kalau kamu suka melancong, I am the best travel buddy you will ever meet. Saya menulis semua topik tetapi hiburan dan muzik ialah forte saya. Tiga benda yang buatkan saya gembira – laut, katil yang empuk dan mashed potato.

Randomness