Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

‘Rumah Sementara’ – Penginapan Cool Di Jepun Buat Pelancong

Teringin ke negara matahari terbit? Cosmo tahu penginapan cool untuk kamu beradu sepanjang berada di Jepun. Kedudukan strategik, menarik dan semua kelengkapan yang kamu ingini seperti sebuah rumah kini ada di Kario Kamata. Hmm, terasa seperti berada di rumah sendiri!

4 of 4Next
Use your ← → (arrow) keys to browse

Bukan itu saja, jika kamu ingin ke Shinjuku, masa perjalanan hanya 35 minit. Shinjuku Gyoen National Park adalah taman tradisional tertua di Jepun. Di taman ini terdapat pelbagai tarikan seperti tasik, jambatan dengan unsur seni masyarakat tradisional Jepun dan pemandangan yang tak mampu kamu beli di mana-mana. Di sini ada beberapa jenis taman kecil seperti  French Garden dan English Garden. Taman ini adalah kawasan tarikan utama masyarakat Jepun untuk bersantai bersama keluarga pada musim bunga sakura.

Apa tunggu lagi? Rancang percutian ke Jepun sekarang okey. Untuk maklumat lebih lanjut, boleh layari https://en.stayjapan.com/feature/KARIO atau https://en.stayjapan.com/

 

Foto: Kario Kamata & 123rf.com

 

Tubuh saja genit, tapi suara saya satu dewan boleh dengar (macam tertelan speaker!). Seorang yang periang dan suka record diri sendiri memasak, sesuailah dengan column saya – Lifestylist. Lavish holiday is so me. Nampak macam manja tapi can get the job done. Saya kaki karaoke dan orang kata suara saya seperti Ning Baizura. When it comes to navigation, I am the best!

Lifestylist