Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

‘Rumah Sementara’ – Penginapan Cool Di Jepun Buat Pelancong

Teringin ke negara matahari terbit? Cosmo tahu penginapan cool untuk kamu beradu sepanjang berada di Jepun. Kedudukan strategik, menarik dan semua kelengkapan yang kamu ingini seperti sebuah rumah kini ada di Kario Kamata. Hmm, terasa seperti berada di rumah sendiri!

Prev1 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse

Kario Kamata bukan hotel, rumah tamu atau homestay. Ia lebih sinonim dengan gelaran The Traveller Apartment. Di sini, kamu boleh lakukan apa yang di ingini seperti di rumah sendiri serta jalani kehidupan seharian ibarat orang tempatan. Kedudukan Kario Kamata sangat strategik dan hanya sembilan minit perjalanan dari Lapangan Terbang Haneda. Tertanya mengapa penginapan ini diberi nama Kario Kamata? Dalam bahasa Jepun, Kario bermaksud tempat tinggal sementara untuk pelancong. Begitu juga, Kario Kamata yang bermaksud ‘rumah sementara’ kamu selama bercuti di Jepun.

Tubuh saja genit, tapi suara saya satu dewan boleh dengar (macam tertelan speaker!). Seorang yang periang dan suka record diri sendiri memasak, sesuailah dengan column saya – Lifestylist. Lavish holiday is so me. Nampak macam manja tapi can get the job done. Saya kaki karaoke dan orang kata suara saya seperti Ning Baizura. When it comes to navigation, I am the best!

Lifestylist