Rugi Kalau Tak Berkunjung Ke 4 Destinasi Percutian Ini! - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Rugi Kalau Tak Berkunjung Ke 4 Destinasi Percutian Ini!

Prev1 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

Lelah dengan jadual harianmu? Escape ke empat destinasi berbeza namun istimewa. Get ready dan bersedialah untuk update akaun Instagrammu!

 

Destinasi 1 : Gold Coast

Ah, indahnya berjalan bertemankan langit biru dan saujana pemandangan laut yang terbentang luas.

Mesti pergi: Taman tema Dreamworld dan Warner Bros Movie World yang bukan saja menawarkan keseronokan malah menyediakan tempat solat dan restoran halal. Jangan lupa untuk berlayar bersama Tall Ship Sailling Cruises dan beli-belah di Harbour Town Outlet. To all foodies out there, jangan lupa penuhi selera di Golden Legends Malaysian Seafood Restaurant, Nando’s Surfers Paradise, Tandoori Place Surfers Paradise, Taj Palace Indian, ADA’s Kebab dan Theo’s Kebab. Masih tak cukup? Luaskan pengembaraan kamu juga dengan melawati Australian Outback Spectacular, Currumbin Wildlife Sanctuary dan Wet ‘n’ Wild Water World.

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor