Ruffedge Kembali Sempena Ulang Tahun Ke-20 - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Ruffedge Kembali Sempena Ulang Tahun Ke-20

Dua dekad memperjuangkan rentak muzik tersendiri, Ruffedge kini bersedia untuk tampil dengan sebuah konsert bagi para peminat kumpulan itu dan semua pencinta muzik tanah air secara amnya.

Berita baik untuk peminat setia Ruffedge, mereka bakal mengubati kerinduan kamu dengan konsert yang digelar Ruffedge: 20th Anniversary Concert yang akan dipersembahkan tepat jam 9 malam pada 4 Ogos 2018.

Kumpulan Ruffedge ditubuhkan pada tahun 1997 dan mula bergerak aktif pada 1998 sebelum berehat sekitar tahun 2008 untuk mengikuti haluan seni masing-masing. Setelah 11 tahun menyepi, 2018 merupakan tahun kembalinya Ruffedge dengan barisan anggota iaitu Cat Farish, Sein, Azan, Mode dan Zain.

Menjanjikan malam yang tidak akan dilupakan, pastinya repertoire mereka seperti Bila Rindu, Khayalan, Tipah Tertipu, Lemas, Tiada Lagi Cinta, Da’ Bomb serta puluhan lagu lagi akan dihidangkan sepanjang konsert yang berdurasi hampir dua jam itu nanti.

Selain itu, bagi mengubati rindu peminat, Ruffedge turut merakamkan lagu terbaru mereka yang diberi tajuk Seperti Mereka. Lagu dan lirik hasil karya Azan Addin ini juga bakal dipersembahkan pada malam konsert berlangsung.

Tiket-tiket konsert sudah pun mula dijual sejak 4 Mei lalu melalui www.ticketpro.com.my  dengan harga berikut. Kamu peminat Ruffedge? Tunggu apa lagi!

VIP + Meet & Greet (Terhad) RM233
VIP Zone RM193
Party Zone + Meet & Greet (Terhad) RM183
Party Zone RM143
Regular Zone RM125

 

Foto: MRS Production

Tubuh saja genit, tapi suara saya satu dewan boleh dengar (macam tertelan speaker!). Seorang yang periang dan suka record diri sendiri memasak, sesuailah dengan column saya – Lifestylist. Lavish holiday is so me. Nampak macam manja tapi can get the job done. Saya kaki karaoke dan orang kata suara saya seperti Ning Baizura. When it comes to navigation, I am the best!

Lifestylist