Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Pilihanraya USA 2016

Ribuan Rakyat Amerika Syarikat Mohon Kerakyatan Kanada!

Setakat 1pm tadi, Cosmo dapati Donald Trump mendahului jumlah undian jauh meninggalkan pencabarnya, Hillary Clinton. Trump memperoleh 244 jumlah kerusi dan Clinton dengan 209 kerusi. 

Pilihanraya USA 2016

Rakyat Amerika Syarikat hari ini digesa untuk keluar mengundi untuk memilih calon Presiden terbaru mereka menggantikan Barack Obama. Pelik tapi benar! Donald Trump sebelum hari pilihan raya melakukan provokasi dan secara terangan menentang pendatang asing ke Amerika Syarikat. Malah Trump juga secara berani memperlekehkan bangsa Latin dan kulit hitam (Afrika-Amerika) juga menganggap mereka adalah punca jenayah meningkat di USA.

Trump juga pernah berkata jika dia memenangi pilihan raya dan menjadi Presiden Amerika Syarikat terbaru, dia akan menyekat kemasukan orang Islam dan akan melakukan tapisan yang tegas jika umat Islam mahu melancong di USA.

Pilihanraya USA 2016

Hillary Clinton sebaliknya dilihat menjadi calon kegemaran kebanyakan selebriti. Katy Perry, Beyonce dan Taylor Swift mengakui akan mengundi Clinton. Begitu juga John Legend, Kendall Jenner (walaupun bapanya Caitlyn Jenner penyokong tegar Trump), Kim Kardashian, Pharrell Williams dan ramai lagi mahukan kemenangan berpihak kepada Clinton! Undian masih lagi dibuka dan keputusan rasmi siapakah bakal menjadi Presiden Amerika Syarikat yang terbaru masih lagi belum diputuskan.

Terbaru, laman web Imigrasi dan Kerakyatan Kanada tidak boleh dilayari hari ini berikutan menerima puluhan ribu pelawat dari Amerika. Laman web tersebut yang merupakan medium untuk memohon kerakyatan Kanada tergendala selepas undian pilihan raya di Amerika menyaksikan Donald Trump mendahului jumlah undian. Nampaknya rakyat Amerika Syarikat seperti dapat mengagak yang Trump mungkin Presiden mereka yang terbaru!

Foto: Google.com

Fun, wacky and digital junkie. Kalau kamu suka melancong, I am the best travel buddy you will ever meet. Saya menulis semua topik tetapi hiburan dan muzik ialah forte saya. Tiga benda yang buatkan saya gembira – laut, katil yang empuk dan mashed potato.

Randomness