Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
The Cosmo Guy - Aura Hangat Remy Ishak

The Cosmo Guy – Aura Hangat Remy Ishak

Agak lama kami menunggu ketibaan Remy di lokasi penggambaran, namun sebaik muncul, terus terluncur ungkapan maaf dari bibirnya – hmm, sejuk hati dibuatnya! “Saya habis shoot lewat, terima kasih kerana menunggu.” Kelibatnya jarang dilihat di kaca TV akhir-akhir ini namun aura jejaka kelahiran Melaka ini masih kuat. Dia kini kembali dengan filem terbaru, Pulang.

2 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse

Sibuk Di Set Penggambaran

Tak dinafikan wajah kacak hitam manis ini telah memikat ramai hati peminat dan pengarah filem. Terbaru, Remy sibuk di set penggambaran filem Sangkar dan dikatakan bakal bergandingan dengan Zul Ariffin. “Kalau Cosmo lihat, saya agak berisi sekarang kerana terpaksa tambah berat badan untuk watak MMA fighter. Tak silap hampir 10 kilo berat terpaksa saya tambah untuk menjiwai watak ini. Demi merealisasikan karakter yang diingini pengarah, terpaksa gandakan makanan yang mengandungi protein berserta supplement.” Adakah Remy yakin dengan berat badan sekarang? Saja Cosmo ingin mengusik. “Pastinya tak (ketawa). Saya tak pernah berat seperti ini. Kadang mudah letih dan nafas tercungap sebab tak cukup stamina.”

Saya seorang yang easy-going and make-up enthusiast. Saya obses dengan bronzer! Jika kamu nampak saya sedang ‘usha’ kamu di tempat awam, jangan risau – I’m just admiring your make-up. Saya juga pencinta haiwan lebih-lebih lagi kucing. Bila tidak menulis, saya suka tonton all my favorite series seperti Sex and The City dan Gossip Girl (duh, of course!).

Celebrity Stalker