Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Restoran Ayam Fusion Pertama Di KL Patut Kamu Cuba!

Rangkaian restoran ayam goreng pertama Korea Selatan terbesar kini berada di Malaysia! Lebih spesifik di Pavillion Kuala Lumpur.  Menawarkan saiz hidangan yang boleh dikongsi bersama teman dan keluarga.

Hidangan lazat serta mengiurkan yang ditawarkan di Chir Chir pasti menambat selera meskipun bagi kamu yang memilih bab makanan! Sebagai sebuah restoran fusion, Chir Chir terkenal dengan hidangan ayam isitimewa yang hanya digoreng ketika kamu buat order.

Setiap hidangan di Chir Chir disediakan menggunakan bahan perapan sos yang diimport khas daripada Seoul. Setiap gigitan menerbitkan rasa enak. Terdapat lebih 100 cawangan Chir Chir di Korea Selatan, China, Taiwan, Indonesia dan Singapura.

Cosmo memang tak lepas peluang mencuba menu yang digilai ramai seperti ayam goreng istimewa, nest snow, ayam bakar, pilihan ayam istimewa, salad serta mocktails dan pelbagai jenis minuman lain. Jangan order sampai tamak ya sebab saiz hidangan di sini boleh dikongsi hingga empat orang. Rugi jika kamu tak pesan Honey Grape Salad kerana ia manis dan segar.

Paling utama, tak muak. Selain itu, Cosmo cuba Spicy Topokki yang pedas dan mengenyangkan. Siapa pengemar pedas? Kamu wajib order! Tak lengkap pengalaman hidangan kamu jika tak pesan minuman mocktail Chir Chir seperti Tok!Tok! , Red-gizer dan banyak lagi.

 

Foto: Instagram.com/chirchirmy

 

Tubuh saja genit, tapi suara saya satu dewan boleh dengar (macam tertelan speaker!). Seorang yang periang dan suka record diri sendiri memasak, sesuailah dengan column saya – Lifestylist. Lavish holiday is so me. Nampak macam manja tapi can get the job done. Saya kaki karaoke dan orang kata suara saya seperti Ning Baizura. When it comes to navigation, I am the best!

Lifestylist