Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
resipi-sihat-quinoa

Resipi Sihat: Quinoa

Jika kamu mahu turunkan berat badan, kekal langsing atau miliki tubuh yang lebih sihat, diet memainkan peranan yang amat penting selain bersenam. Jom cuba resipi mudah dan sihat menggunakan quinoa. Psst…it is great for lunch break!

 

Foto: 123rf.com

 

QUINOA BERSAMA CENDAWAN, KALE DAN KELEDEK

 

BAHAN-BAHAN:

1 cawan quinoa

2 sudu besar minyak zaitun

2 keledek saiz kecil (dibuang kulit dan dipotong dadu bersaiz sederhana)

100 gram cendawan butang

2 ulas bawang putih

1 ikat sayur kale (dipotong kecil)

Garam (secukup rasa)

Lada hitam (secukup rasa)

1/4 cawan keju parmesan

 

CARA PENYEDIAAN:

[1] Masukkan quinoa dan air ke dalam periuk kecil kemudian didihkan. Kecilkan api dan reneh sehingga air diserap sepenuhnya lebih kurang 12 hingga 15 minit.

[2] Sementara itu, panaskan minyak di dalam kuali dengan suhu sederhana.

[3] Masukkan keledek dan cendawan, tumis lima hingga enam minit sehingga warna keemasan.

[4] Masukkan bawang putih dan masak satu minit.

[5] Tambahkan sayur kale, garam dan lada hitam. Masak lagi 10 hingga 13 minit.

[6] Hidangkannya di atas quinoa yang sudah dimasak tadi dan tabur keju parmesan.

 

MAKLUMAT NUTRISI

Kalori – 361

Lemak – 12g

Lemak tepu – 2g

Kolesterol – 5mg

Sodium – 560mg

Protein – 13g

Karbohidrat – 51g

Serat – 6g

 

 

Kalau tak kenal nampak macam sombong, tapi bila dah kenal rupanya ‘gila-gila’ dan kaki sakat orang. A social butterfly in the concrete jungle that is Kuala Lumpur. Mudah bergaul dan sukakan cabaran serta hargai perbualan mendalam. Curious most of the time, sexy always. Put my best foot forward and is a perfect cocktail of Carrie and Samantha.

Love Expert