Resipi Sihat Daripada Sayur Kale Yang Kamu Perlu Cuba
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Resipi Sihat Daripada Sayur Kale Yang Kamu Perlu Cuba

Resipi Sihat Daripada Sayur Kale Yang Kamu Perlu Cuba

Penggunaan sayur kale dalam hidangan tidak terhad kepada salad dan sandwic saja. Pelbagai hidangan boleh kamu cuba menggunakan superfood ini sebagai main star. Cosmo kongsi dua resipi yang sihat dan lazat!

Resipi Sihat Menggunakan Sayur Kale Kamu Perlu Cuba

Foto: 123rf.com

Prev1 of 2
Use your ← → (arrow) keys to browse

Kale And Pistachio Pesto Spaghetti

Sayur kale menambah ‘earthy taste’ dan warna hijau kepada hidangan pesto yang sihat ini. Hidangan ini juga berikan kamu keperluan sayur harian yang mencukupi. Kamu boleh hidangkannya bersama kepingan dada ayam atau grilled salmon.

Bahan-bahan:

Garam Kosher

1 ikat sayur kale

28 gram spageti whole-wheat

2 sudu besar roasted salted pistachios

1 cawan daun parsli segar

1/4 cawan minyak zaitun extra-virgin

2 sudu besar keju parmesan yang dikisar

1 sudu besar jus lemon

Lada hitam

Cara penyediaan:

1) Panaskan air garam dalam periuk besar. Isikan ais dan air di dalam mangkuk besar. Masukkan sayur kale ke dalam air panas selama dua minit. Kemudian alihkannya ke dalam mangkuk besar yang berisi ais dan air tadi. Apabila sudah sejuk, keringkannya dan cincang halus.

2) Masukkan pasta ke dalam air mendidih dan masak sehingga al dente. Angkat dan toskan.

3) Sementara menunggu pasta masak, masukkan pistasio dan bawang putih ke dalam food processor dan kisar halus. Tambah kale dan daun parsli kemudian kisar sebati. Sementara masih mengisar, tambah minyak zaitun ke dalam campuran tersebut. Kemudian tambah keju parmesan, jus lemon dan setengah sudu teh garam.

4) Campurkan pasta yang sudah kering tadi bersama bahan kisar. Tambah garam dan lada hitam secukup rasa. Hidangkan bersama perahan jus lemon.

Kalau tak kenal nampak macam sombong, tapi bila dah kenal rupanya ‘gila-gila’ dan kaki sakat orang. A social butterfly in the concrete jungle that is Kuala Lumpur. Mudah bergaul dan sukakan cabaran serta hargai perbualan mendalam. Curious most of the time, sexy always. Put my best foot forward and is a perfect cocktail of Carrie and Samantha.

Love Expert