Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
power juice

Resipi Power Juice Yang Mudah Dan Menyihatkan

Kamu sering berasa letih, kulit kusam dan wajah tidak bersiri? Alasan kamu sering berikan adalah kesuntukan masa dan kerja yang berlambak sehingga tidak cukup tidur. Apa kata mulai sekarang, amalkan setiap pagi minum jus yang menyihatkan!

Cosmo beri kamu idea dan resipi power juice untuk buat kamu bertenaga dan memiliki kulit yang cantik. Cara penyediaannya, kisar sahaja kesemua bahan yang diperlukan.

power juice

Power Gulp – 110 kalori

Jus hijau segar ini kaya dengan serat dan bagus untuk sel darah dan melegakan otot badan. Ia bagus untuk kamu terutamanya ketika waktu haid atau sedang mengandung. Cara penyediaan, campur kesemuanya dalam pengisar bersama beberapa ketulan ais dan tapis sebelum dihidangkan.

Resipi:

  • 1 cawan daun atau 3-4 helai daun kale (kubis kerinting)
  • 1 cawan anggur hijau tanpa biji
  • 1 batang timun segar, dipotong saiz sederhana
  • 1 biji epal hijau, dipotong dadu 1
  • 1/2 cawan air

power juice

Apple Cherry Boom – 192 kalori

Kaya dengan vitamin A,B,C, dan E, jus ini memberikan tenaga dan menyegarkan badan kamu yang letih itu. Ia juga antipenuaan dan mencantikkan kulit. Kamu akan kelihatan muda remaja sentiasa.

Resipi:

  • 1 biji epal merah dipotong dadu
  • 2 biji buah pear saiz sederhana dipotong dadu
  • 1/2 cawan buah ceri yang disejukkan terlebih dahulu.

power juice

Berries Tango – 151 kalori

Untuk kamu yang memiliki kulit kusam dan kering, kamu perlukan jus ini! Buah beri sememangnya bagus untuk kulit dan jika kamu amalkan selalu jus ini, percayalah kamu akan kelihatan berseri.

Resipi:

  • 1 cawan buah blueberry beku
  • 1 cawan atau 5-6 biji buah strawberi
  • 2 cawan buah mangga yang telah dikupas kulitnya
  • 1/4 cawan air

power juice

Tomato Delight – 188 kalori

Kamu perlu amalkan minum jus ini sekurang-kurangnya sebulan sekali. Ia melindungi tubuh kamu dari luar dan dalam juga meningkatkan imunisasi tubuh. Kaya dengan Vitamin A dan C, ianya juga dipenuhi dengan serat, protein dan kabohidrat.

Resipi:

  • 3 biji tomato yang ranum
  • 2-3 batang sayur celery
  • 2 batang lobak saiz sederhana
  • 1 cawan sayur kale
  • 1 biji capsicum merah

 

Foto: 123rf.com’Oleh:@curlyjow

 

Fun, wacky and digital junkie. Kalau kamu suka melancong, I am the best travel buddy you will ever meet. Saya menulis semua topik tetapi hiburan dan muzik ialah forte saya. Tiga benda yang buatkan saya gembira – laut, katil yang empuk dan mashed potato.

Randomness