Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Resipi Pencuci Mulut Menyihatkan

Cuba tiga resipi pencuci mulut yang mudah, sihat dan sedap ini pada hujung minggu ya!

13211801_m

 

Kamu tak perlu elak makanan manis untuk jaga badan. “Manisan yang enak dan berkhasiat datang daripada produk berkualiti,” kata Lindsey Roehl, chef peribadi di New York, Amerika Syarikat. Ada banyak jenis buah-buahan segar yang boleh kamu beli di pasar, dan resipi pencuci mulut daripada Chef Roehl ini antara yang perlu kamu cuba.

 

BERI DAN KRIM
Campur 4 cawan strawberi bersama 2 sudu besar gula kelapa dan 2 sudu teh jus lemon. Biarkan 30 minit. Pukul 2 tin krim, 1 sudu besar madu dan 1 sudu teh ekstrak vanila. Hidangkan bersama strawberi tadi dan tambah badam.

 

SORBET RASPBERI
Kisar 700g raspberi beku. Masukkan ½ cawan air dan ¼ cawan madu dan kisar tiga minit sehingga halus. Bekukan 30 minit. Bahagikan sorbet kepada 4 gelas dan hidang bersama 2 sudu besar biscotti hancur dan raspberi segar.

 

BUAH PIC PANGGANG
Campurkan ½ sudu teh serbuk kayu manis dan 2 sudu besar gula kelapa. Potong pic kepada separuh dan panggang pada suhu panas tiga minit. Taburkan campuran serbuk kayu manis bersama gula kelapa tadi dan hidang bersama greek yogurt.

 

Foto: 123RF.com

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor