Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Redang Island Conservation Day 2018 – Kempen Pelihara Alam Sekitar

Bukan sahaja di kota dan bandar besar, alam sekitar di kawasan luar bandar dan kawasan kepulauan juga perlu dijaga dan dipelihara.

Dari permukaan lautan biru di pulau sekitar Malaysia, mungkin ia kelihatan bersih. Namun siapa sangka dasar lautan sebenarnya dipenuhi dengan sampah dan bahan buangan plastik!

Demi memelihara alam sekitar dan keindahan pulau dan lautan Malaysia, The Taaras Beach & Spa Resort dengan kolaborasi Malaysia New Zealand Chamber of Commerce (MNZCC), Aquaria KLCC dan Reef Check Malaysia telah mengadakan kempen pelihara alam sekitar - Redang Island Conservation Day 2018 di Pulau Redang.

Acara yang berlangsung dari 26 April - 29 April lalu mendapat sokongan padu dan disertai oleh rakan kongsi, penaja acara, para penyelam profesional dan rakan-rakan media. Pengurus Besar The Taaras Beach & Spa Resort, Mr. Peter Neto, menggesa semua pihak untuk berfikir secara global dan melaksanakan tugas menjaga alam sekitar di kawasan yang kamu diami.

7 of 12
Use your ← → (arrow) keys to browse

Fun, wacky and digital junkie. Kalau kamu suka melancong, I am the best travel buddy you will ever meet. Saya menulis semua topik tetapi hiburan dan muzik ialah forte saya. Tiga benda yang buatkan saya gembira – laut, katil yang empuk dan mashed potato.

Randomness