Realisasikan Impian Kulit Cantik Sambil Kamu Beradu - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Realisasikan Impian Kulit Cantik Sambil Kamu Beradu

Tidur yang tak mencukupi sangat dengki dengan kulit wajahmu. Jadikan waktu tidur juga waktu kecantikan dengan tip ini.

Mengaku sajalah, kamu memang perlu tidur lebih.

“Pada waktu malam, tubuh kita melalui proses pemulihan dan pembetulan semula,” kata Camiellia Choo, Laneige Beauty Trainer. Bila kita tak cukup tidur, muncullah ‘benda-benda’ berikut:

Kekusaman: Kurang tidur mengurangkan perintang lembapan semula jadi kulit yang akan buat kulitmu kering.

Garis halus: Pada waktu malam, melatonin, sejenis antioksidan, akan dibebaskan dan tidur akan membantu meningkatkan hormon (HGH – human growth hormone) yang akan menganjalkan kulit.

Jerawat: Ketika tidur, tubuh menahan daripada melepaskan kortisol. Jadi bila kamu asyik berjaga, kortisol tak punya masa untuk chill lalu menggalakkan keradangan dan jerawat.

Mata sembap: Apabila tahap kortisol meningkat, tubuhmu juga akan mengekang air. Dan kerana kulit kelopak mata kita sangat nipis, di situlah sembap paling ketara.

Berat bertambah: Tidur yang tak mencukupi menyebabkan tubuh membebaskan terlalu banyak ghrelin, hormon yang membuatkan kita lapar, sementara turut menurunkan tahap leptin, hormon yang memberitahu kita dah kenyang. Ampun… Berganda-ganda naiknya!

 

Kuasa Penjagaan Kulit P.M

Bila tubuhmu berada dalam keadaan rehat, lena (jenis tidur tak sedap apa!), metabolisme kulitpun meningkat, sekali dengan penggantian dan pembaharuan sel , menjadi ia lebih telap. Waktu kritikal inilah produk penjagaan kulit paling bermanfaat. Jadi bersihkan kulit dan pakai salah satu produk syif malam di bawah untuk memastikan kamu terjaga lawa.

  1. Bila digandingkan dengan face roller memang makin ‘terangkat’ kontur wajah malam demi malam. Pupur malam dengan teknologi memori bentuk memberikan kesan pengangkatan segera pada wajah. Laneige Time Freeze Firming Sleeping Mask, RM150
  2. Dua bahan utama di dalam krim mala mini; Diamond Sirt bertindak sebagai pelindung DNA untuk menghalang kerosakan sel dan Ceramide melembap dan mengunci lembapan di dalam kulit. Watsons Target Pro Essential Night Cream, RM79.90
  3. Adunan minyak daripada bunga menyurutkan wajah yang sembap dan kekeringan. Evening Primrose Oil, Camellia Oil dan Sunflower Oil digabungkan dengan kapsul nutrien menguatkan lapisan perlindungan kulit lantas mengurangkan potensi pencemar luaran merosakkan kulit. Mamonde Encriched Nutri Sleeping Mask, RM85
  4. I woke up like this… Jika kulit yang nampak segar, cerah, tak kusam, arbutin boleh membantu mencerahkan bintik pigmen dan parut. Pakai selepas kamu cuci wajah, sebelum pelembap. The Face Inc Lightener, RM178
  5. Jangan bangun tidur dengan mata lebam. Tiga sel stem tumbuhan berkuasa yang diketahui manfaatnya untuk melindungi dan meremajakan kulit dugabungkan di dalam pupur mata yang boleh dipakai tidur ini. The Body Shop Drops of Youth™ Youth Bouncy eye Mask, RM115

Prev1 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

 

Pertama kali berjumpa orang akan ingat saya garang (memang pun!) dan sombong (langsung tak!)… Tapi bila buka mulut, semua ‘hancur’. Beauty is my passion but I keep me natural most of the time. Menyanyi dalam kereta adalah terapi saya. I love music and travelling, jadi sila ajak saya jalan-jalan. Jangan serabutkan otak dengan perkara negatif, belajar untuk ‘let it gooo, let it gooo…’, kamu akan menjadi seorang yang lebih bahagia.

Beauty Guru