Rawatan Wajah Paling Berbaloi Dan Canggih di Idealyst Clinic!
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Rawatan Wajah Paling Berbaloi Dan Canggih di Idealyst Clinic!

Prev1 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

Tak semua wanita ada masa nak buat rawatan pupur setiap minggu. Apatah lagi dengan jadual kerja dan kekangan waktu, memang tak cukup masa nak fikirkan semua itu.
KLIK SETERUSNYA!

Tetapi kamu perlu ingat, kulit wajah adalah aset penting dalam kecantikan. Ia ibarat seperti pakaian yang disarungkan ke tubuh. Kamu rasa jika pakaian kamu kotor dan lusuh, ada tak orang lain mahu dekati kamu?

Kecantikan memang bermula dari dalaman! Eat right and stay healthy. Tetapi ia mengambil masa yang agak lama untuk memastikan luaran kamu kelihatan cantik. Sebab itulah kamu perlu cuba manjakan diri dengan rawatan mewah yang pastinya akan membelai kulit dan tubuh kamu bak puteri raja.

Idealyst Clinic antara klinik Estetik yang menjadi pilihan utama di kalangan selebriti popular dan wanita berkerjaya. Cosmo juga tidak mahu melepaskan peluang mencuba sendiri rawatan di Idealyst yang menawarkan pelbagai perkhidmatan, bergantung kepada masalah kulit yang dihadapi.

Terletak di NEO Damansara, Damansara Perdana, Idealyst diterajui oleh Dr Aidil Azry dan dibantu oleh isterinya yang juga Pengarah Eksekutif, Dr Fadzlina Mohtar. Idealyst Clinic memberi fokus dalam rawatan laser (carbon peel laser , I glow laser, Co2 laser), rawatan memancungkan batang hidung, thread lift muka, rawatan melangsingkan badan, rawatan mengurangkan kedutan di wajah, PRP(platlet Rich Plasma) untuk mengembalikan keremajaan wajah dan juga untuk rawatan wajah V shape yang digilai oleh kaum wanita abad ini.

Rawatan stem hair adalah rawatan terbaru dari Idealyst Clinic untuk masalah keguguran rambut sesuai untuk kaum lelaki dan wanita .Idealyst clinic juga menawarkan rawatan Lady V khas untuk kaum hawa. Untuk rawatan medispa pula, Idealyst memberi fokus dalam rawatan jerawat , oxygen infused therapy , hydrafacial , 24 K gold series dan juga IPL (permanent hair removal) .

Paling penting, Idealyst menawarkan perkhidmatan yang bagus dengan teknologi yang canggih dan berkualiti serta harga yang berpatutan!

Semua rawatan boleh dilakukan di cawangan Neo Damansara dan  KL Trillion. Cawangan terbaru Idealyst dijangka dibuka di Putrajaya tidak lama lagi.

KLIK SETERUSNYA UNTUK CHECK OUT RAWATAN YANG TELAH COSMO CUBA

Fun, wacky and digital junkie. Kalau kamu suka melancong, I am the best travel buddy you will ever meet. Saya menulis semua topik tetapi hiburan dan muzik ialah forte saya. Tiga benda yang buatkan saya gembira – laut, katil yang empuk dan mashed potato.

Randomness