Ratu Superfood: Quinoa - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Ratu Superfood: Quinoa

Ratu Superfood: Quinoa

All hail the queen! Jika mahu turunkan berat badan dan kekal langsing, quinoa seharusnya menjadi teman baik kamu mulai hari ini. Mengapa ia digelar ratu superfood? Baca lebih lanjut!

Ratu Superfood

Foto: 123rf.com

 

Quinoa merupakan superfood bukan hanya kerana kandungan vitamin serta mineralnya yang banyak, tapi ia juga merupakan bahan organik dan mengandungi pelbagai nutrien lain yang boleh memberi impak besar kepada kesihatan.

 

FAKTA NUTRISI

Quinoa mengandungi sejumlah besar manganese, magnesium, dan fosforus serta zat besi, zink, copper dan kalium. Bukan itu saja, ia juga mengandungi kalsium, sodium dan selenium. Ia juga merupakan sumber yang kaya dengan phytonutrient dan flavonoids seperti kaempferol, quercetin dan tryptophan yang mempunyai manfaat kesihatan tersendiri.

Jika kamu rasa nutrisi tersebut sudah mencukupi, think again! Khasiat serta manfaat superfood ini tidak terhenti di situ saja. Terdapat komponen protein yang tinggi dan asid amino penting yang diperlukan oleh badan. Ia juga bukan sekadar mineral dan makanan organik yang kaya dengan bahan kimia, tapi ia juga sumber vitamin yang ideal. Ia bantu tubuh berfungsi pada kadar maksima dan bahagian penting dalam apa jua jenis diet kerana mengandungi sejumlah besar thiamin, riboflavin, folat, dan Vitamin B6.

Dengan segala kandungan nutrisi yang dimiliki quinoa ini, tepatlah jika ia dinobatkan sebagai ‘ratu’ superfood. Ini menjadikannya makanan terbaik untuk bantu melancarkan fungsi dalaman dan metabolisme badan.

 

KANDUNGAN KALORI

100 gram quinoa mengandungi hanya 120 kalori dan 2 gram lemak. Untuk kamu yang mahu menjaga berat badan, menukar pengambilan bijirin kepada quinoa adalah jalan terbaik.

 

 

Kalau tak kenal nampak macam sombong, tapi bila dah kenal rupanya ‘gila-gila’ dan kaki sakat orang. A social butterfly in the concrete jungle that is Kuala Lumpur. Mudah bergaul dan sukakan cabaran serta hargai perbualan mendalam. Curious most of the time, sexy always. Put my best foot forward and is a perfect cocktail of Carrie and Samantha.

Love Expert