Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Rasai Lebih Nikmat Di Kamar

Berikan sentuhan berbeza kepada tubuhmu dan suami untuk cipta asmara seksi malam ini. Cosmo kongsi lima zon yang perlu kamu teroka untuk naikkan nafsu si dia. 

6265140 - young happy couple having a pillow fight in a bed

 

Zon 1: Bercumbu

Sudah tentu kamu takkan habiskan sepanjang malam bercumbu kalau ia tidak menjurus kepada seks. Tapi kamu patut lakukannya. Peruntukkan sekurang-kurangnya sehari dalam sebulan untuk bercumbu bagi merapatkan hubungan. Mengelak zon mudah terangsang yang utama akan membolehkan tubuh kamu fokus semula. Cuab beberapa gaya cumbuan berbeza pada seluruh tubuh. Lembut, kasar, cepat, perlahan, dengan lidah, serta tanpa lidah.

 

Zon 2: Telinga

Empat saraf deria berbeza terletak di bahagian luar telinga, membuatkannya sangat sensitif. Jadi beri perhatian kepada bahagian ini! Cuba jilat, gigitan manja atau tiup perlahan-lahan di cuping telinga suami. Bisikkan keinginan seksualmu dengan nafas yang hangat. Pasti suami kamu teruja dan tak sabar mahu menerkammu.

 

Zon 3: Leher

Inilah bahagian pertama kamu kena cuba untuk buat suami terangsang. Ia kawasan hangat kerana memiliki arteri karotid yang mengepam darah ke seluruh tubuh kamu. Cuba lepaskan nafas pada kawasan itu atau lalukan jarimu di situ. Halakan ke bawah sehingga ke tulang leher sebelum berikan ciuman membara di bahagian itu.

 

Zon 4: Di atas punggung

Bukan punggung saja menjadi zon mudah terangsang. Cuba urut pada kawasan hollow atas pada punggung jika kamu mahu buat si dia turn on. Memang seronok untuk teroka kawasan seksi yang obvious. Apa yang buat cara baru ini menyeronokkan adalah ia sangat innocent, tapi akan buat si dia rasa amat tergoda.

 

Zon 5: Dada si dia

Mengandungi kabel saraf yang bersambung pada otak dan bahagian sulit. Bila satu daripada ‘butang’ cintanya disentuh, ia pasti akan ‘terjaga’. Cubit, sedut atau gigitnya manja sementara kamu meneroka bahagian tubuhnya yang lain dengan tanganmu.

 

Foto: 123rf.com

Kalau tak kenal nampak macam sombong, tapi bila dah kenal rupanya ‘gila-gila’ dan kaki sakat orang. A social butterfly in the concrete jungle that is Kuala Lumpur. Mudah bergaul dan sukakan cabaran serta hargai perbualan mendalam. Curious most of the time, sexy always. Put my best foot forward and is a perfect cocktail of Carrie and Samantha.

Love Expert