Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Rasa Jatuh Hati? Cuba Cara Ini Untuk Luahkan Isi Hati Kamu

Kamu ada hati pada si dia, tapi berbelah bagi tidak tahu sama ada kamu patut luahkan kepadanya ataupun pendam saja perasaan itu sampai basi. Nasihat Cosmo, luahkan saja isi hati kamu!

Foto: Nick Onken

4 of 7
Use your ← → (arrow) keys to browse

4) DIA BUKAN PSIKIK

Don’t expect him to read your thoughts! Kalau kamu tak beritahu, macam mana dia nak tahu? Tidak kira apa jua situasi – dalam perhubungan, persahabatan mahupun institusi keluarga, kesilapan paling besar adalah kamu menunggu seseorang faham perasaan kamu tanpa kamu beritahunya. Jangan harapkan dia boleh ketahui perasaan kamu dengan cara kamu bersikap apabila bersamanya! Tiada siapa boleh baca fikiran orang lain dan yang pasti dia bukan seorang psikik ataupun ahli nujum. Dan sesetengan orang tidak akan berikan perhatian terhadap sikap serta perangai orang lain. Jadi dia mungkin tidak dapat mesej kamu itu. Perkara terbaik adalah berdepan dengannya dan luahkan perasaan kamu itu. Cosmo pasti dia akan hargai keberanian kamu itu.

Kalau tak kenal nampak macam sombong, tapi bila dah kenal rupanya ‘gila-gila’ dan kaki sakat orang. A social butterfly in the concrete jungle that is Kuala Lumpur. Mudah bergaul dan sukakan cabaran serta hargai perbualan mendalam. Curious most of the time, sexy always. Put my best foot forward and is a perfect cocktail of Carrie and Samantha.

Love Expert