Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Rancangan Raya Menarik TV3 Untuk Kamu Yang Tak Keluar Beraya

Malas nak keluar beraya ataupun penat melayan tetamu yang hadir di hari raya? Daripada tidur sepanjang hari, apa kata kamu check out rancangan menarik di hari raya di TV3. 

TELEFILEM

Mak Tak Bagi Balik

24 Jun 2017, jam 9.25 malam

Kehidupan Ismail dan Rohani menjadi lebih bahagia apabila harga getah yang menjadi sumber pendapatan mereka telah naik. Tambahan pula, anak perempuan sulung mereka, Rosnah mendapat tawaran untuk belajar di sebuah berasrama penuh. Mereka bekerja lebih keras demi pendidikan anak perempuan mereka. Rohani menasihatkan anak perempuannya tidak perlu membelanjakan wang untuk pulang ke rumah di bulan Ramadan kerana mereka perlu berjimat untuk persiapan Hari Raya. Mahayu, rakan sebilik Rosnah berasa kasihan terhadap rakannya dan menjemput Rosnah ke rumahnya. Ibu bapa Mahayu terkejut ketika bertemu dengan Rosnah kerana Rosnah adalah saudara mereka yang sudah lama tidak berhubung.

Pelakon: Adik Nurul Fateha, Vanidah Imran, Khir Rahman, Shahromnizan, adik Izuan Fitri, adik Izuan Fikri, Ieka Zulkifli dan Man Kader

Syawal Yang Kuinginkan

Raya Pertama, jam 10.00 pagi

Hani adalah seorang tukang jahit yang bekerja di putik pakaian milik Puan Sakinah. Dia sangat komited dengan kerjaya sehingga mengabaikan nenek, kakak dan anak saudara di kampung. Dalam kesibukan utuk menyiapkan tempahan yang banyak untuk Hari Raya, Hani terlibat dalam kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan pulang ke rumah. Akibat insiden itu, Hani telah hilang ingatan. Keluarganya gembira menyambut kepulangan Hani. Pada masa yang sama, Hani juga jatuh cinta dengan kekasih lamanya, Qazim.

Pelakon: Fauziah Ahmad Daud, Azira Shafinaz, Izreen Azminda, Idris Khan, Fendi Seman dan Che Puteh.

Huru Hara Raya

Raya Pertama, jam 2.00 petang

Telefilem ini mengisahkan gelagat lucu sebuah keluarga di Pualau Pinang, Puan Mona dan Encik Rashid mempunyai bisnes sendiri. Puan Mona menjual biskut raya manakala Encik Rashid pula menjual baju tradisional atas talian. Pada masa yang sama, mereka berdua sedang sibuk membuat persiapan untuk perkahwinan anak mereka, Faizal. Huru hara bermula apabila mereka tidak dapat menentukan apa yang perlu diutamakan termasuk bertemu dnegan bakal mertua yang garang. Namun, Faizal dapat mengatasi segala rintangan dan selamat bernikah dengan gadis pilihannya, Ayu pada Hari Raya Keempat.

Pelakon: Kamal Adli, Zara Zya, Shamsul Ghau Ghau, Zarina Zainuddin, Kazar Saisi

Hassan

Raya Pertama, jam 5.00 petang

Hassan ialah seorang anak yatim yang tinggal bersama abang tirinya, Fuad. Tiada sesiapa yang menyukai Hassan termasuk Fuad, Jah dan kanak-kanak yang lain. Mereka sering memberikan layanan buruk kepada Hassan hanya kerana rupanya yang selekeh. Namun, Hassan tidak pernah ambil kisah. Pak Selamat, suami kepada Jah sering mempelawa Hassan untuk menjamu selera makanan yang dimasak oleh Jah. Malahan, Hassan juga berkawan baik dnegan anak perempuan mereka, Liya. Suatu hari, Fuad terlibat dalam kemalangan kecil. Hassan telah menjaganya dengan teliti. Sejak itu, Fuad menyedari kebaikan daripada Hassan dan bukannya penampilan fizikalnya yang kurang menarik.

Pelakon: Adik Redzwan Adha, Shafiq Kyle, Nonie Nadirah, Man Kadir, Rosnah Mat Aris

Terhentinya Doa

Raya Pertama, 25 Jun 2017

Kepulangan Wafie dari luar negara telah diberikan kejutan. Wafie tidak pulang ke rumah keluarganya tetapi dihantar ke kampung. Rupa-rupanya pada hari kepulangan Wafie, neneknya, Nek Wa disahkan menghidap penyakit Chikungunya ketika menoreh getah. Nek Wa kini terlantar di ruamh. konflik bermula apabila dua anak Nek Wa iaitu Razali dan Rozi bertengkar tentang siapa yang akan menjaga Nek Wa. Ketika berada di kampung, macam-macam yang Wafie dengar tentang keluarganya. Setelah kesihatan Nek Wa kembali pulih, Wafie cuba mengubah keluarganya supaya selalu pulang menjenguk Nek Wa dan selesaikan permusuhan.

Pelakon: Saharul Ridzwan, Niena Baharun, Ozlynn, Raja Hakim DFKL, Azri Iskandar

Ali

Raya Kedua, jam 2.00 petang

Ali seorang lelaki ayng jujur telah mengejar Pak Iki hingga ke Kelantan semata-mata mahu mengembalikan botol air yang tetinggal di terminal bas. Ketika tinggal di rumah Pak Iki, Ali mempelajari erti sebenar tentang kehidupan. Pak Iki telah mengajar Ali amalan hidup yang baik. Pak Iki rasa kesal kerana dia telah mengabaikan anak-anaknya ketika mereka masih hidup. Pak Iki mahu menebus kesilapannya. Jadi, dia telah meminta Ali tinggal bersamanya hingga ke nafas terakhir.

Pelakon: Syafie Naswip, Sabri Yunus, Octavia Menrose

Mak Cun Pi Lombok

Raya Kedua, jam 9.00 malam

Mak Cun semakin sibuk dengan perniagaannya. Suatu hari Atul kemalangan dilanggar lori yang dipandu oleh seorang warga Indonesia bernama Rangga. Kemalangan itu telah merapatkan Atul dengan Rangga. Mak Cun sangat marah dan telah mengurung Atul di dalam rumah dan tidak dibenarkan keluar berjuma Rangga. Rangga mengajak Atul kahwin lari ke kampungnya di Lombok. Atul begitu yakin bahawa Mak Cun tidak akan ada pilihan lain selain emrestui hubungan mereka kalau mereka sudah bernikah. Mak Cun menjadi semakin kusut dengan kehilangan Atul. mak Cun nekad hendak pergi mencari Atul di Lombok.

Pelakon: Erma Fatima, Dato Rahim Razali, Balkisyh Semundur Khan, Ajun Perwira, Azizah Mahzan, Isa Khan

Pergilah Cinta

Raya Ketiga, jam 2.00 petang

Reza ingin memberi kejutan buat isterinya, Liyana bersempena dengan ulang tahun perkahwinan ke lima. Liyana kemurungan sejak ibunya meninggal dunia. Reza cuba sedaya upaya untuk menceriakan isterinya. Namun, Reza terkejut apabila Liyana telah meninggalkannya dan menuntut penceraian. Reza sedar bahawa rakan kolejnya, Fazley telah menikam dari belakang. Reza telah mulakan kehidupan baharu sebaik sahaja menceraikan Liyana. Perkahwinan Liyana dan Fazley tidak bahagia. Liyana ingin kembali kepada Reza. Walaupun masih ada sayang terhadap bekas isterinya, Reza menolak untuk rujuk kembali.

Pelakon: Fahrin Ahmad, Diana Danielle dan Raja Afiq DFKL

Syukur Syawal

Raya Ketiga, jam 9.00 malam

Selepas 20 tahun hidup miskin di kampung dengan ibu bapanya, Syawal membuat keputusan untuk berhijrah ke KL. Dia telah meninggalkan Mak Lijah dan Pak Seman kerana mereka tidak dapat memberikan kehidupan yang mewah seperti kawan-kawannya. Setiap kali Hari Raya tiba, Mak Lijah akan memasak hidangan kegemaran Syawal seperti rendang daging dan ketupat palas, tetapi Syawal tidak pernah pulang ke rumah. Syawal hidup mewah dan mempunyai teman wanita bernama Haida. Satu hari, apabila Haida membawa Syawal untuk berjumpa ibu bapanya, Syawal terkejut kerana Haida bangga dengan ibu bapanya walaupun mereka sudah tua dan miskin. Syawal insaf dan pulang ke rumah.

Pelakon: Farid Kamil, Asyraf Aley, Hana Aqeela, Rosnah Johari, Dato Rahim Razali, Anis Al Idrus.

 

Filem

Surat Panjang Untuk Mak

Raya Keempat, jam 9.00 malam

Segalanya bermula dengan pangilan telefon yang dibuat oleh Ehsan kepada adik-adiknya untuk meminta mereka pulang melawat ibu mereka, Raudhah. Ehsan mendapat idea untuk menulis surat kepada ibunya. Malah, Ehsan juga mencadangkan adik-beradiknya untuk melakukan perkara yang sama. Setiap dari mereka akan menulis surat yang panjang untuk mengenang memori terindah bersama-sama ibu tercinta. Mereka mula menghargai pengorbanan ibu mereka dan emmbuat keputusan untuk menghabiskan setiap hujung minggu bersama Raudhah. Raudhah menjadi lebih bahagia. Walaupun kini dia terlantar sakit atas katil sebab kesihatan yang tidak mengizinkan, dia bersyukur dan gembira kerana sering ditemani anak-anaknya.

Pelakon: Hamidah Wahab, Syafie Naswip, Syed Aiman, Izreen Azminda, Syikin Kamal, Jaja Ilyas DFKL.

Jangan Pandang Belakang

Raya Kedua, jam 12 tengah hari

Darma mengalami trauma selepas kematian misteri tunangnya, Rose yang telah membunuh diri. Tanpa pengetahuannya, Rose telah diganngu oleh roh jahat yang dikurung di dalam balang kecil yang dijumpai terdampar di pantai. Tindakan membawa pulang ke rumah Rose telah mengundang padah. Secara tidak sengaja, roh yang terkurung itu telah dilepaskan oleh mereka.

Pelakon: Pierre Andre, Dato’ Jalaluddin Hassan, Intan Ladyana

 

Program Bual Bicara & Majalah

Istimewa Aidilfitri

Raya Pertam, jam 7.00 pagi

Sebuah rancangan bual bicara istimewa yang dibawakan secara langsung dan bertemakan #terimakasih, pelbagai perisian menarik disediakan termasuklah lintas langsung Solat Sunat Aidilfitri dari Masjid Negara dan lintas langsung dari Wad Pediatrik, Hospital Kuala Lumpur untuk menyambut Aidilfitri bersama pesakit kanak-kanka di sana. Penonton juga akan dihiburkan dengan persembahan artis dan berpeluang untuk menyampaikan salam raya secara langsung.

Malaysia Hari Ini Istimewa Aidilfitri

Raya Kedua & Ketiga, jam 7.00 pagi

Kemeriahan Aidilfitri di Malaysia Hari Ini disambut bersama dengan beberapa senimah tanahair serta keluarga mereka. Antara yang terlibat adalah Mamat Khalid, ND Lala & Shila Amzah, Noraniza Idris, A. Rahman Hassan dan Khir Rahman.

 

Program Gaya Hidup

Dapur Panas VS 5 Rencah 5 Rasa

Raya Ketiga, jam 11.00 malam

Program satu jam ini akan memaparkan dua cef selebriti dari dua program memasak tempatan yang terkenal dalam satu pertempuran masakan. Mereka akan digandingkan dengan selebriti di mana kemahiran masakan mereka akan diuji. Kemahiran mereka akan diadili berdasarkan cabaran masakan mereka. Siapakah yang akan digelar sebagai cef yang handal? Adakah Cef Naem daripada Dapur Panas atau Cef Sherson dari 5 Rencah 5 Rasa? Turut menampilkan Ummi Nazeera dan Azira Shafinaz sebagai tetamu dan juga Cef Sara sebagai juri tempatan.

Schawalara Raya (Ditaja Oleh Yakult)

Raya Kelima dan Keenam, jam 6.00 petang

Schawalara Raya 2017 adalah sebuah travelog sempena Hari Raya. Menampilkan pasangan suami isteri popular, Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya, serta anak perempuan mereka, Lara Alana melawa sebuah tempat di Jepun- “Moriokato” untuk menyambut bulan Ramadan dan kedatangan Hari Raya Aidilfitri. Rancangan ini turut disertai oleh Hanis Zalikha, Hairul Azreen, Yusuf Iskandar serta Fouziah Ghous, Zhafran dan Zeeshan.

 

Program Hiburan

The Sarimah Show

Raya Pertama, jam 11.00 malam

Sebuah rancangan bual bicara yang kan membawa anda menyingkap kenangan raya lalu sehingga hari ini! Apabila rata-rata masyarakat sudah kekenyangan, Sarimah akan menghidupkan suasana rumah mereka dengan ketawa riang, perbincangan tentang revolusi Raya bersama tetamu jemputannya, permainan dan banyak lagi.

Muzik Muzik 32 Raya

Raya Kedua, jam 11.oo malam

Berhibur bersama Sherry Al-Hadad, Zooey dan Hefny Sahad, Muzik Muzik 32 Raya kali ini membariskan penyanyi popular tanah air seperti Dayang Nurfaizah, Aizat Amdan, Sixth Sense, Haiza, Zarul Umbrella, Ronnie Hussin, Irfan Harris dan banyak lagi.

 

Fun, wacky and digital junkie. Kalau kamu suka melancong, I am the best travel buddy you will ever meet. Saya menulis semua topik tetapi hiburan dan muzik ialah forte saya. Tiga benda yang buatkan saya gembira – laut, katil yang empuk dan mashed potato.

Randomness