Rancang Percutian Idaman - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Rancang Percutian Idaman

Ikuti panduan kembara Cosmo ini untuk merealisasikan percutian impianmu.

16080811_m

 

BERBELANJA MENGIKUT KEMAMPUAN

 

Tahu Bila Perlu Bercuti
Memilih waktu percutian off-season adalah langkah terbaik untuk dapatkan tawaran hebat tiket penerbangan dan penginapan. Tambahan, kamu akan dapat shot terbaik keindahan pantai tanpa pelancong sebagai latar belakang. Musim panas (terutamanya Julai dan Ogos) adalah waktu paling disukai ramai untuk keluar melancong. Paling kurang pelancong adalah pada musim luruh, jadi ini waktu terbaik buntuk kamu untuk menempah percutian idaman! Di Eropah, percutian low-season adalah sekitar November hingga Mac.

 

Mahu Lebih Ganjaran?
Program kesetiaan bukan saja membolehkan kamu mendapat tiket percuma, malah dinaik taraf tiket penerbangan daripada kelas ekonomi ke bisnes. Kamu boleh menikmati ganjaran apabila mendaftar dengan program kesetiaan syarikat penerbangan yang berkolabrasi bersama kad kredit, mahupun rangkaian hotel dan restoran. Sama ada kamu mengembara untuk bekerja atau berseronok, Cosmo galakkan kamu mendaftar program kesetiaan dengan syarikat penerbangan pilihan kamu.

 

Sly Savings
Kebanyakan syarikat penerbangan memaparkan tawaran hebat pada setiap hari Selasa, jadi ia hari terbaik untuk kamu untuk tempah tiket penerbangan.

 

Alternatif Bijak
Kebanyakan bandar mempunyai lapangan terbang dan hub berdekatan. Cosmo sarankan kamu tempah tiket penerbangan ke lapangan terbang yang tidak jauh dari bandar yang ingin kamu lawati; seperti menempah tiket penerbangan ke Long Beach atau Burbank berbanding landed di LAX kerana ia masih lagi dalam kawasan kota metropolitan Los Angeles. Jika tiket ke Rom lebih mahal, cuba mendarat di lapangan terbang Ciampino, hanya 30 minit ke Rom jika menaiki shuttle bas.

 

Kelebihan Procrastinating
Sesetengah perkara spontan boleh jadi berbaloi! Klik laman web yang menyajikan tawaran hebat tiket penerbangan dan hotel pada saat akhir: Kayak.com, travelzoo.com, expedia.com, airbnb.com, dan lastminutetravel.com.

 

Home Away From Home
Jika kamu ingin bercuti tetapi mahu rasa seperti berada di negara sendiri atau mahu masak makanan tempatan, pilih apartment berbanding hotel kerana sewanya lebih murah. Klik airbnb.com, craigslist.org, vrbo.com danhomeaway.com. Jika kediaman kamu berada di lokasi strategik, swap untuk berjimat. Layari homeexchange.com atau intervac.com untuk lihat tawaran hebat.

 

Foto: 123RF.com

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor