Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Rambut Sihat Bermula Di Sini

Bosan dan sering mahukan sesuatu yang baru pada rambutmu? Apa kata kamu cuba tip serta produk yang Cosmo himpunkan di sini untuk pastikan mahkotamu dalam keadaan tip-top dan ia lebih dari sekadar syampu dan perapi…

 

 

Cara Baru Bersihkan Rambut

Selain bersyampu, kamu boleh cuba produk alternatif ini untuk membersih rambut dan kulit kepala secara mendalam.

Skrub Rambut

Bukan saja wajah, rambut dan kulit kepala pun ada skrub cuma teksturnya lebih halus. Yang ini menggunakan bebiji halus yang lembut menyental dan membersihkan daripada minyak agar rambut  terasa lembut selepas itu. Sapu pada rambut lembap dan urut perlahan-lahan, lurut rambut di celah-celah jari untuk menanggalkan gumpalan kotoran.

Davines Depolluting Scrub Shampoo 250ml RM85

Pembersih Minyak

Minyak dua-dalam-satu ini membersihkan dan merapikan rambutmu sekaligus dengan minyak pati frankincense, tea tree dan kulit limau antaranya untuk menanggalkan sebum dan kulit mati yang mungkin menyumbat pori-pori di kepalamu. Urut dari garis rambut ke belakang, biarkan dalam tiga minit dan bilas dengan air suam.

Three Scalp & Hair Cleansing Oil, RM236

Krim Pembersih

Jika kamu jenis OCD – syampu perlu ada buih, ini bukan untuk kamu. Namun ia membersih dan menyegarkan rambut dengan wax yang membelai rambutmu. Kilauan, kelembutan, kelembapan dapat dikembalikan. Sama seperti syampu, guna bila rambut basah dan urut dalam seminit dan bilas dengan air suam.

Sachajuan Cleansing Cream, RM179

 

Apa Pula Pra-Syampu?

Makin banyak langkah nak menjaga rambut ya? Perapi sebelum, perapi selepas… Pra syampu bertindak seperti pupur yang merawat rambut dengan bahan lembapan dan menguatkan yang kamu gunakan pada rambut kering sebelum bersyampu. Ia bertindak untuk menjadikan pembersihan rambut lebih berkesan dan bermanfaat. Ada yang perlu dibilas sebelum bersyampu, ada yang kamu boleh guna syampu terus. Minyak kecantikan perlbagai guna juga boleh digunakan sebagai pra syampu.

Percy &Reed Totally Intensive Treatment Oil+, RM136

Kiehl’s Magic Elixir Hair Restructuring Concentrate with Rosemary Leaf & Avocado, RM109

L’Occitane Aromachologie Soothing Scalp Oil, RM170

 

Mula Menggayakan Rambut Dari Kamar Mandi!

Jangan tunggu lepas mandi tapi kamu boleh mula menyediakan rambut ketika kamu bersyampu lagi.

Kamu mahu: Rambut Bermaya

Kulit kepala yang bersih adalah kuncinya. Dari minyak ke produk dandanan ke gumpalan kotoran, semuanya boleh memberatkan rambut dan meleperkannya. Guna syampu yang formulanya bebas silikon (ia buat rambut leper) seperti di sini. Formula menyegarkan dengan aloe vera akan buat rambut rasa lebih ringan. The Body Shop Rainforest Volumizing Shampoo, RM52

Kamu mahu: Kerinting Cantik

Syaratnya: Elakkan sulfat! Ia akan mengangkat kutikel dan mengusutkan rambutmu yang sukar dikawal. Kerana pembersih tanpa sulfat tidak berbuih, memadai kamu mengurut kulit kepala dan rambut dengannya untuk tanggalkan kotoran. Kerastase Discipline Cleansing Conditioner Curl Ideal, RM138 dengan Pro-Keratin dan Elastin akan memastikan rambutmu tak kusut dan terasa lembut.

Kamu mahu: Rambut Licin

Rambut lurus nampak cantik dan sihat jika ia cukup keratin, protein semula jadi yang menguatkan dan buat rambut berkilauan. Ia juga kandungan yang digunakan oleh semua perawatan melurus rambut di salun. Syampu ini kaya dengan keratin untuk menguatkan dan melembutkan rambut. Ia takkan meluruskan rambutmu selesai bersyampu tetapi kamu boleh dapatkan hasil seperti di salun selepas dikeringkan atau menggunakan flat-iron.

Kamu mahu: Rambut Cantik Esok Pagi

Lepas bersyampu seperti biasa, cuba overnight treatment seperti ini. Foam yang dipakai sebelum tidur akan buat rambut berkilauan, lembut dan mudah digayakan esok pagi dengan kandungan glycerol dan coco oil. Ia memberi dos nutrisi yang betul dan melindungi serat rambut daripada geseran dengan bantal. L’Oreal Professionnel Serie Expert Nutrifier Overnight Masque, RM70

 

Bagaimana Dengan Perapi?

Jangan tak guna pula tapi kamu perlu tahu apa yang sesuai dengan efek yang kamu harapkan. Contohnya, janganlah gunakan pupur yang berat selepas syampu volumising. Paling selamat ialah gunakan syampu dan perapi dari jenis yang sama untuk kesan terbaik.

 

Foto: 123rf.com

Pertama kali berjumpa orang akan ingat saya garang (memang pun!) dan sombong (langsung tak!)… Tapi bila buka mulut, semua ‘hancur’. Beauty is my passion but I keep me natural most of the time. Menyanyi dalam kereta adalah terapi saya. I love music and travelling, jadi sila ajak saya jalan-jalan. Jangan serabutkan otak dengan perkara negatif, belajar untuk ‘let it gooo, let it gooo…’, kamu akan menjadi seorang yang lebih bahagia.

Beauty Guru