Rakam Video Seks Di Puncak Pyramid Giza, Jurufoto Diburu Pihak Berkuasa Mesir!
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Rakam Video Seks Di Puncak Pyramid Giza, Jurufoto Diburu Pihak Berkuasa Mesir!

Kerja gila! Orang Barat seakan-akan menguji kesabaran negara-negara Islam dan Asia. Mereka seolah-olah tidak menghormati sensitiviti budaya di sesetengah negara dan berani melakukan perkara di luar batasan dan memuat naik foto serta video sebegini. What the fish?

Seorang jurufoto dari Denmark mencetuskan kemarahan warga Mesir apabila memuat naik foto dirinya melakukan hubungan seks bersama seorang wanita di puncak the Great Pyramid of Giza.

Andreas Hvid memuat naik foto itu di laman webnya serta berkongsi video dirinya bersama wanita yang identitinya dirahsiakan, memanjat tembok ikonik itu, menghisap ganja serta membuka pakaian selepas tiba di puncak piramid itu.

Pihak berkuasa Mesir sedang menyiasat insiden tersebut selepas foto dan video kontroversi itu tersebar sehingga ditonton oleh beberapa ahli Menteri Mesir.

Pelancong luar dibenarkan memasuki ruang dalaman piramid itu tetapi terdapat beberapa laluan yang tidak boleh dialui oleh pengunjung. Bagaimanapun Andreas bertindak biadap apabila melalui beberapa kawasan larangan serta memanjat tembok itu sedangkan ia dilarang oleh pihak berkuasa.

Andreas menggambarkan tindakannya memanjat tembok piramid serta melakukan hubungan seks di situ sebagai satu bentuk seni, penjelajahan urban dan seni kembara. Kenyataan itu mengundang rasa marah oleh warga tempatan.

The Great Pyramid of Giza adalah antara piramid tertua dan terbesar di Giza dan dinobatkan sebagai tujuh lokasi keajaiban dunia – Seven Wonders of the Ancient World. Pakar Sejarah dunia percaya piramid itu siap dibina pada tahun 2560 sebelum Masihi, yang mengambil masa 10 sehingga 20 tahun untuk siap.

Menerusi laman web Andreas Hvid, dia merupakan jurufoto seni profesional yang menggunakan tema Nude Art dan Rooftopping, mengambil foto-foto bogel dan juga sudut dari puncak bangunan.

Prev1 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

Fun, wacky and digital junkie. Kalau kamu suka melancong, I am the best travel buddy you will ever meet. Saya menulis semua topik tetapi hiburan dan muzik ialah forte saya. Tiga benda yang buatkan saya gembira – laut, katil yang empuk dan mashed potato.

Randomness