Raih Pendapatan Tertinggi Di Dunia Di Bandar Raya Ini! - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Raih Pendapatan Tertinggi Di Dunia Di Bandar Raya Ini!

Mungkin sudah tiba masanya untuk kamu berhijrah?

Pernah tak kamu terfikir untuk bekerja di kota lain yang menawarkan gaji lebih tinggi daripada apa yang kamu dapat sekarang?

Senarai bandar raya yang Cosmo kongsikan ini boleh bantu kamu buat pilihan – dan mungkin kamu tak pernah pun pertimbangkan bandar raya yang menduduki carta paling atas ini.

Maklumat ini datangnya dari laporan tahunan ‘Mapping the world’s prices’ oleh Bank Deutsche, yang mengambil kira tentang kos barangan dan perkhidmatan, kos hidup, serta purata jumlah pendapatan di bandar raya paling berkuasa di dunia.

Kota popular seperti London menduduki tempat ke-24 – kos sara hidupnya tinggi, jadi gaji juga harus tinggi – begitu juga dengan New York. Dua bandar raya di Australia juga menduduki tempat top 10.

Jika kamu tak berminat untuk ke negara seperti Amerika Syarikat, kamu boleh bekerja di pusat perbankan global Zurich, Switzerland, yang menduduki carta paling atas dengan purata gaji sebulan melebihi Rm25,000.

Of course, untuk menerima gaji sebanyak itu, kamu kenalah bekerja sebagai banker…

Lihat senarai penuh 24 bandar raya ini dan selamat berangan!

24. Edinburgh, UK — $2,293 (kira-kira RM9,974)

23. Ottawa, Canada — $2,446 (kira-kira RM10,640)

22. Amsterdam, Netherlands — $2,493 (kira-kira RM10,844)

21. Toronto, Canada — $2,560 (kira-kira RM11,136)

20. Paris, France — $2,583 (kira-kira RM11,236)

19. Dublin, Ireland — $2,603 (kira-kira RM11,323)

18. Helsinki, Finland — $2,620 (kira-kira RM11,397)

17. Stockholm, Sweden — $2,622 (kira-kira RM11,405)

16. Frankfurt, Germany — $2,626 (kira-kira RM11,423)

15. Hong Kong — $2,715 (kira-kira RM11,810)

14. Auckland, New Zealand — $2,762 (kira-kira RM12,014)

13. London, UK — $2,776 (kira-kira RM12,075)

12. Tokyo, Japan — $2,897 (kira-kira RM12,601)

11. Wellington, New Zealand — $2,941 (kira-kira RM12,793)

10. Copenhagen, Denmark — $2,958 (kira-kira RM12,867)

9. Singapore — $3,077 (kira-kira RM13,384)

8. Oslo, Norway — $3,154 (kira-kira RM13,719)

7. Melbourne, Australia — $3,344 (kira-kira RM14,546)

6. Sydney, Australia — $3,451 (kira-kira RM15,011)

5. Chicago, USA — $3,622 (kira-kira RM15,755)

4. New York, USA — $4,304 (kira-kira RM18,722)

3. Boston, USA — $4,322 (kira-kira RM18,800)

2. San Francisco, USA — $4,817 (kira-kira RM20,953)

1. San Francisco, — $5,876 (kira-kira RM25,560)

Foto: 123rf.com/Artikel asal: Jess Edwards

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor