Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Rahsia Seks Hebat

Terdapat pelbagai cara untuk menghangatkan lagi hubungan seks antara suami isteri. Berikut adalah 10 cara untuk hangatkan lagi hubungan seks kamu daripada “okey” kepada “give me more!”

 

14351309_l

 

1) Seks yang hebat bermula didapur. Bantu isteri kamu membasuh pinggan, buang sampah dan biarkan isteri kamu berehat. Buat agar dirinya terasa seperti dihargai. Hubungan seks akan lebih romantik jika si dia tidak kepenatan.

 

2) Beritahu pasangan kamu apa yang kamu inginkan. Kebanyakkan lelaki tidak pandai membaca fikiran dan kemahuan wanita. Jadi beritahu si dia dengan lemah lembut dan penuh godaan.

 

3) Ambil masa! Seks adalah keseronokkan, relaks, kegembiraan dan cinta. Seks bukanlah pertandingan lumba lari 100 meter. Cepat mula dan cepat habis. Bermula dengan perlahan – perlahan-lahan mendaki bukit dan habiskannya dengan satu kenikmatan yang sentiasa diingati oleh si dia. Pasangkan lagu berentak perlahan dan perlahan-lahan mengurut belakang badan si dia. Panas!

 

4) Cari masa! Adakah hubungan seks adalah perkara terakhir yang kamu lakukan pada waktu malam? Pada waktu kamu keletihan setelah penat berkerja? Atau hubungan seks pada waktu pagi, sewaktu nafas kamu berbau, dalam keadaan masih mamai? Jika hubungan seks penting pada kamu, maka buat satu jadual khas untuk hubungan seks kamu. Malam sabtu dan malam ahad mungkin sesuai kerana kamu mungkin tidak bekerja pada waktu itu.

 

5) Cuba kenang kembali saat kamu bercinta dengan suami kamu. Manis bukan? Ayuh, buat tempahan di restoran kegemaran si dia untuk makan malam atau belikan hadiah buat si dia. Buat sesuatu yang romantik sebagaimana dia buat pada kamu sewaktu kamu bercinta dulu.

 

6) Jika kamu mahukan hubungan seks yang hebat, goda suami kamu! Kebanyakkan lelaki amat mudah teransang dengan apa yang mereka lihat. Beli lingerie atau pakai baju dalam yang suami kamu suka dan goda dia. Usah malu, si dia adalah suami kamu. Goda dan goda sehingga suami kamu menerkam kamu. Aum

 

7) Beri kejutan pada suami kamu. Sesuatu yang romantik dan nakal. Kad yang mengandungi ayat-ayat romantis ataupun alatan seks yang nakal. Mungkin juga kek kegemaran si dia. Atau masak makanan kegemaran si dia. Apa-apa yang di luar jangkaannya.

 

8) Ingat, lelaki mempunyai imiginasi yang amat tingi mengenai seks. Jadi gunakan imiginasi kamu. Cuba korek imiginasi si dia, mungkin dia inginkan kamu memakai lingerie berbentuk sekian sekian atau si dia inginkan kamu memakai seragam jururawat atau polis? Penuhi fantasi si dia dan luahkan juga fantasi kamu pada si dia.

 

9) Wanita juga sebenarnya mempunyai imiginasi yang hebat. Lepaskan imiginasi kamu pada si dia. Seks dalam kereta? Mahu suami kamu jadi bomba? Ayuh, lakukan sahaja.

 

10) Ambil masa membaca majalah kewanitaan untuk mendapatkan tips memikat dan mengoda suami kamu. Jika kamu terlihat produk yang mampu membantu menghangatkan hubungan seksual, usah teragak-agak untuk mencuba. Krim ketat? Lingerie seksi? Baju tidur yang jarang? Usah malu, si dia suami kamu.

 

Foto: 123rf.com

Kalau tak kenal nampak macam sombong, tapi bila dah kenal rupanya ‘gila-gila’ dan kaki sakat orang. A social butterfly in the concrete jungle that is Kuala Lumpur. Mudah bergaul dan sukakan cabaran serta hargai perbualan mendalam. Curious most of the time, sexy always. Put my best foot forward and is a perfect cocktail of Carrie and Samantha.

Love Expert