Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Rahsia Seks dan Personaliti

Kita biasa dengar, “You are what you eat.” Tapi tahukah kamu cara dan posisi kegemaran di kamar sebenarnya banyak menceritakan personaliti diri kamu?

Cowgirl

Kamu seorang yang suka mengawal keadaan. Kamu tidak kisah untuk ‘kotorkan’ tangan asalkan ia dapat diselesaikan. Kamu selalu dapat apa yang kamu mahukan. Kamu yakin dan meraih perhatian ke mana saja kamu pergi. You are not afraid to take charge. Kamu tahu jika kamu mengambil alih tugas, ia akan jadi satu ‘perjalanan’ orgasma yang paling epik.

 

Dari Arah Belakang

Kamu nikmati keseronokan dengan membenarkan pasangan kamu fikir bahawa dia mempunyai kawalan penuh ke atas dirimu…when really, you’re running the show. Di kamar (dan juga kehidupan), kamu suka dengan idea kamu dikuasai oleh seseorang walaupun pada hakikatnya kamu sebenarnya yang berkuasa dan dominan. Kamu suka pasangan kamu memenuhi kehendakmu sementara kamu secara senyap menguasai diri mereka. You want everyone to have a good time (as long as you finish first).

 

Spooning

Kamu suka berada dalam zon selesa. Kamu nikmati perkara yang biasa dan tidak malu untuk mengakuinya. Kamu suka sesuatu yang rapat, intimate dan mudah. Kamu tidak cuba (atau mahu cuba) rocking the boat. Sebenarnya kamu seorang yang easy going dan relaks. Keseronokan, keterujaan dan perkara ekstrem tidak menarik perhatian kamu. Kamu tahu dan sedar bahawa tiada apa yang salah mengenainya. You like what you like and it happens to be keeping things chill and lazy. No shame in your game, girl!

 

69

Kamu sedikit retro dan a little bit ‘out there’. Kamu seorang yang jujur dan asli, dan tidak takut atau rasa bersalah dengan personaliti kamu yang ‘gila-gila’, wild serta unik. Kamu suka bawa kegembiraan kepada orang lain dan mereka juga suka limpahkan kegembiraan kepada kamu. Kamu seorang revolusioner dengan mata untuk diilhamkan. Kamu outgoing, riang dan tidak gentar dengan apa-apa perkara. Kamu suka berfikir di luar kotak dan melangkaui sempadan serta halangan. Bagi kamu, life is too short for boundaries. 

 

Scissoring

Kamu berpersonaliti daring dan tidak takut dengan sebarang cabaran. Jika ada hadiah untuk dimenangi, kamu pasti yang pertama beratur untuk mendaftar. You define ‘innovative’. Semua sedia maklum bahawa posisi scissoring bukan mudah untuk dilakukan tapi kamu tidak takut dan malu untuk cuba (dan tawan!) sesuatu yang lebih mencabar dan advance. Kamu seorang developed lover dan sudah mengasah kemahiran kamu dengan sempurna. Kamu juga seorang wanita yang cekal dan mempunyai strong-will.

 

Missionary

Kamu seorang yang asli dan klasik. Sesetengah orang akan dapati kamu seorang yang bosan tapi ia kerana mereka tidak menghargai personaliti kamu yang baik dan well-meaning. You are genuine, noble and loyal. Kamu tidak takut dengan komitmen atau intimasi. Malah ia adalah hubungan yang kamu mahukan. Kamu tahu rutin kamu dan berpegang padanya. Kamu tidak rasa untuk bersikap gila-gila atau bereksperimen dengan sesuatu dalam kehidupan. Kamu seorang yang praktikal. You prefer calm seas to rocky oceans.

 

Foto: 123rf.com

Kalau tak kenal nampak macam sombong, tapi bila dah kenal rupanya ‘gila-gila’ dan kaki sakat orang. A social butterfly in the concrete jungle that is Kuala Lumpur. Mudah bergaul dan sukakan cabaran serta hargai perbualan mendalam. Curious most of the time, sexy always. Put my best foot forward and is a perfect cocktail of Carrie and Samantha.

Love Expert