Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Rahsia Rambut Cantik Dan Sihat Sehebat Anzalna

Cemburunya melihat rambut Anzalna panjang lebat dan hitam pekat asli. Ah, melihat pula Dayang Nurfaizah dengan rambut diwarnakan cantik dan segar. Bagaimanakah mereka ini memelihara rambut mereka?

Sedangkan kamu rungsing dengan rambut kering, berminyak atau kusut? Kamu pula tidak mungkin ke salon setiap hari. Cukup sebulan sekali untuk merawat rambut. Namun, kalau boleh setiap hari mahu ilusi rambut secantik keluar dari salon.

Sayangnya rambut degil kamu tampak kurang sihat walaupun kamu cuba menggunakan pengering sama kapsitinya di salon. Semua syampu dan pelembap dibeli yang berkualiti. Bingung kamu memirkirkannya. Mungkinkan asas penjagaan rambut kamu tetap salah?

Melindungi Rambut: Keadaan cuaca di Malaysia sukar diramal, panas terik sepanjang hari dan hujan menjelang petang. Bayangkan apa berlaku pada rambut kamu? Panahan matahari menyebabkan rambut kering terutama bagi kamu yang mewarna rambut. Pakai pelindung dan beli pelembap yang mengandungi UVA dan UVB.

Kulit Kepala: Jangan abaikan kulit kepala kerana ia memerlukan penjagaan seperti rambut juga. Sangat penting memastikan akar rambut shat, tidak berminyak dan tiada kelemumur. Rajin-rajin mengurut kepala dengan minyak urut panas yang mampu melancarkan peredaran darah dan menyihatkan folikel rambut. Urut rambut dengan gel Aloe Vera atau minyak kelapa setiap malam atau seminggu sekali dan biarkan 30 minit sebelum mencucinya. Bilasan akhir rambut adalah dengan air sejuk untuk menutup folikel rambut dan kekalkan rambut sihat.

Mencuci: Sekiranya rambut kamu jenis berminyak, cuci dua atau tiga kali sehari. Kalau terlebih cuci, boleh menghilangkan minyak semula jadi. Guna air suam untuk elakkan air terlalu panas kerana air panas mampu melemahkan rambut, menjadikan ia kering dan rapuh.

Mask Rambut: Mask terbaik mampu memanjakan rambut terutama bahagian hujung yang kering dan kemungkinan terbelah dua. Pakai mask rambut dua minggu sekali untuk melembap dan memelihara rambut. Cuba resipi sendiri dua telur putih dengan perahan jus lemon atau kombinasi minyak zaitun, cinnamon dan madu sebagai mask.

Kering Semula Jadi: Elak menggunakan barangan elektronik seperti pengering rambut atau pelurus rambut kecuali ada acara istimewa. Setiap satu ada caranya, contoh, jangan menggunakan pelurus ketika rambut basah. Keadaan itu boleh mengakibatkan kerosakan rambut. Ada pula membungkus rambut selepas dicuci. Juga salah kerana rambut boleh gugur dan pecah. Sebaik-baiknya biarkan kering semula jadi selepas dilap dengan tuala lembut.

Foto: Instagram.com/anzalnanasir88