Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Rahsia Power Couple

Apa lagi daripada power couple ini?

 

David Beckham_2

 

Makin berusia makin menjadi, baik suami mahupun isteri. Tahun ini kamu bakal melihat the ‘Sexiest Man Alive’, David Beckham di dalam kempen-kempen pengiklanan untuk jenama kosmetik terkenal Biotherm tahun depan. Dia telah menandatangi perjanjian jangka lama bersama Biotherm untuk menghasilkan rangkaian penjagaan kulit serta produk grooming harian Biotherm Homme dan sekaligus menjadikan ikon bola sepak England ini duta global Biotherm Homme yang pertama. Sebelum ini kamu mungkin pernah melihat wajah-wajah Asia seperti Takeshi Kaneshiro, Daniel Henney, Eddie Peng, dan Won Bin… Tapi lepas ini terpampanglah wajah Beckham pula! Katanya, “saya teruja untuk bekerja dengan Biotherm Homme. Saya memang pernah terfikir untuk menghasilkan rangkaian penjagaan kulit sejak sekian lama dan akhirnya bersama Biotherm ia bakal terlaksana. Mereka juga bersemangat seperti saya dan kami tak sabar untuk menampilkan usaha kami tak lama lagi.Pastinya gabungan berkuasa ini akan memberi impak kepada tabiat penjagaan kulit lelaki. Semuanya nak tampil segak seperti Beckham!

 

 

David Beckham_1

 

Tak mahu kalah, bekas ahli kumpulan Spice Girls dan juga isteri tercinta, Victoria Beckham bakal melancarkan koleksi solekan Musim Luruh 2016 bersama Estee Lauder. Koleksi edisi terhad ini akan berada di pasaran Malaysia Oktober nanti. Menurut Victoria keseluruhan proses menghasilkan koleksi ini sungguh memberi inspirasi – mengenali jenama itu dan mereka yang bekerja untuk menjayakan kolaborasi ini menjadikannya kerjasama yang sempurna untuk dia dan jenamanya. “Saya sangat mengagumi Estee Lauder dan jenama yang telah diciptanya. Jadi saya tak sabar untuk menampilkan koleksi ini dan menyumbang sedikit sebanyak kepada visi Estee Lauder untuk wanita di luar sana.”

 

VICTORIA-BECKHAM-PHOTO CREDIT - Solve Sundsbo - EXPIRY - Dec31_2016

 

Cosmo dapat merasakan bahang kemeriahan industri kecantikan dengan kehadiran power couple ini. Dengan anak-anak yang sedang mencipta nama mereka sendiri dalam dunia fesyen, keluarga Beckham pastinya bakal mendominasi industri fesyen dan kecantikan akan datang!

 

Foto: Biotherm /Estee Lauder

Pertama kali berjumpa orang akan ingat saya garang (memang pun!) dan sombong (langsung tak!)… Tapi bila buka mulut, semua ‘hancur’. Beauty is my passion but I keep me natural most of the time. Menyanyi dalam kereta adalah terapi saya. I love music and travelling, jadi sila ajak saya jalan-jalan. Jangan serabutkan otak dengan perkara negatif, belajar untuk ‘let it gooo, let it gooo…’, kamu akan menjadi seorang yang lebih bahagia.

Beauty Guru